Panduan Asas Umrah

  • Mandi wajib (Ghusl) untuk sucikan diri daripada segala kotoran dengan lafaz niat untuk Ihram.
  • Tukar kepada pakaian Ihram – Lelaki perlu memakai dua kain yang dikenali sebagai Rida dan Izar, dan wanita boleh memakai apa jua pakaian yang melitupi badan dan kepala.
  • Tunaikan solat wajib atau solat Sunnah dua rakaat.
  • Hala ke arah kiblat dan mula Ihram – Anda perlu berada dalam Ihram sebelum anda berangkat untuk Miqat di Mekah.
  • Semasa Miqat, lafaz niat untuk menunaikan Umrah.
  • Lafaz bacaan Talbiyah dan adalah dinasihatkan untuk terus membacanya  dari saat masuk Ihram sehingga mengerjakan Tawaf.
  • Apabila tiba di Kaabah, hentikan bacaan Talbiyyah dan anda perlu mempunyai Wudhu.
  • Sentuh Hajar Aswad dan mulakan Tawaf. Sebaik-baiknya, sentuh dengan tangan kanan dan cium Hajar Aswad. Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat menciumnya, anda boleh sentuh dengan tangan anda dan kemudiannya cium tangan anda. Jika anda tidak dapat menyentuh Hajar Aswad, halakan tangan anda ke arahnya  dan lafaz “Allahu Akbar”.
  • Pusing keliling Kaabah dengan posisi Kaabah di sebelah kiri anda. Lelaki mesti mendedahkan bahu kanan semasa Tawaf, yang dikenali sebagai Idtiba’. Ini dilakukan dengan meletakkan kain Rida di bawah ketiak kanan dan melemparkannya ke atas bahu kiri. Lelaki juga patut melakukan ‘Raml’ iaitu berlari-lari anak dan mengambil langkah-langkah kecil semasa tiga pusingan pertama Tawaf dan kemudian berjalan seperti biasa semasa empat pusingan seterusnya.
  • Setelah selesai tujuh pusingan Tawaf, pergi ke Makam Ibrahim dan baca:

وَاتَّخِذُوْا مِنْ مَّقَامِ إِبْرَاهِيْمَ مُصَلًّى

(Dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. [ Al-Quran; 2:125]  

Tunaikan solat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim. Jika sukar untuk mencari tempat, anda boleh tunaikan solat di mana-mana di dalam masjid tersebut.

  • Setelah menunaikan solat, kembali ke Hajar Aswad dan sentuhnya jika boleh.
  • Tuju ke tempat Sa’i dan apabila anda berdekatan dengan bukit Safa, baca:

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَآئِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْراً فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيْم

(Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui [Quran; 2:158])

  • Naik ke Bukit Safa, hala ke arah kiblat dan angkat tangan anda sambil lafaz bacaan di bawah sebanyak 3 kali:

اللّهُ أكبر, اللّهُ أكبر, اللّهُ أكبر

(Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه، لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَ يُمِيْتُ وَ هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر؛ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه، أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَ نَصَرَ عَبْدَهُ وَ هَزَمَ الأَحْزَابَ وَ حْدَه

(Tiada sembahan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya lah segala kerajaan dan segala pujian untuk-Nya. Dia yang menghidupkan dan yang mematikan. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Tiada sembahan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata-mata. Dialah yang telah melaksanakan janji-Nya, menolong hamba-Nya dan mengalahkan tentera sekutu dengan sendirian)

  • Turun ke Marwah dan lelaki perlu berlari di kawasan lampu hijau. Kawasan tersebut ditanda dengan dua penanda hijau – lelaki sepatutnya berlari sehingga penanda kedua dan kemudian berjalan seperti biasa naik ke bukit Marwah.
  • Sambil menghadap ke arah Kiblat, lafaz apa yang dibaca di Safa.
  • Turun semula dan tuju ke Safa. Apabila tiba di Safa, ulang langkah-langkah seperti di atas dan langkah yang sama juga apabila kembali ke Marwah sebanyak tujuh kali perjalanan (satu perjalanan dikira dari Safa ke Marwah).
  • Lelaki perlu mencukur kepala mereka sepenuhnya atau memotong rambut mereka. Manakala wanita dilarang untuk mencukur kepala dan hanya dibenarkan untuk memotong sedikit helaian rambut mereka. Perbuatan memotong rambut melambangkan seseorang menyerahkan penampilan fizikal dan tunduk sepenuhnya kepada Allah.

Ketahui Dengan Lebih Lanjut Mengenai Haji & Umrah

Tonton Siaran Langsung Dari Mekah Disini