Lebih Hebatnya Ujian, Lebih Indahnya Ramadan

Indahnya Ramadan

Ramadan, bulan yang penuh keberkatan dan sangat dinanti-nantikan khususnya buat muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Keindahannya tidak terucap dengan kata-kata malah kerahmatannya menjadikan kita bersemangat untuk menikmatinya.


Salah satu amalan yang amat digalakkan ketika berpuasa adalah bersyukur. Terutama ketika diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Percayalah, di kala kita merasai kesusahan ketika berpuasa, ada lagi orang di luar sana yang mengalami cabaran dan ujian yang lebih hebat. 

Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Inilah masanya untuk kita memperbanyakkan amalan, bertoleransi dan saling membantu antara satu sama lain. Bukan hanya dengan wang ringgit malah tenaga untuk insan yang memerlukan.

Inilah santapan rohani yang turut mengilhamkan McDonald’s Malaysia untuk menghasilkan filem pendek Dugaan Ramadan. Sama seperti manusia lain, adakalanya kita juga tergugat dengan cabaran seharian terutamanya apabila perlu menempuh, hujan, panas, kesesakan lalu lintas dan lain-lain ketika bulan Ramadan. Namun, ada orang lain di luar sana yang mengalami ujian yang lebih berat dan hebat daripada kita. 

Semangat dan keazaman inilah yang mahu dikongsi bersama-sama oleh McDonald’s kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia. Mungkin dengan pengisian ini, kita semua akan beroleh kebaikan dan kejayaan bersama-sama di bulan Ramadan. Sesesungguhnya, lebih hebatnya ujian, lebih indahnya Ramadan.