Resolusi Tahun Baru Islam

Tidak lama lagi, kita akan menyambut Awal Muharam, iaitu Tahun Baru Islam. Adalah penting bagi kita untuk melihat kembali apakah yang telah kita berjaya capai pada tahun ini dan cuba untuk memperbaiki diri kita sebagai seorang Muslim di tahun baru yang bakal menjelang.


Kita hendaklah berazam untuk berubah menjadi lebih baik, dan melakukan lebih banyak ibadah untuk mendekatkan lagi diri kita kepada Allah. Membuang rutin harian yang telah kita biasa lakukan itu sememangnya bukanlah mudah, namun keazaman dan motivasi diri yang utuh akan membantu kita untuk mengubahnya.

Cara untuk berjaya adalah untuk kembali kepada fitrah, menjadi lebih realistik dan cuba untuk menerima perubahan dengan minda yang tenang. Berikut merupakan contoh resolusi yang akan membantu anda untuk memulakan Tahun Baru Islam yang akan datang. Semoga Allah mempermudahkan segala apa yang telah kita rancangkan tahun ini, Insya Allah!