(eBuku) Petikan Inspirasi Untuk Menjadi Muslim Yang Lebih Baik

Edisi kedua eBuku Petikan Inspirasi kami yang diilustrasikan secara ekslusif kini boleh didapati. Kali ini, kami telah mengumpulkan petikan-petikan untuk memberi motivasi kepada anda apabila dibaca sendiri atau dikongsi dengan insan-insan tersayang setiap kali timbulnya perasaan tidak terdaya dalam perjalanan untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik bagi Allah SWT.


Dilahirkan sebagai seorang Muslim atau diberi kesempatan untuk menjadi seorang Muslim dalam hidup ini adalah salah satu rahmat terbesar bagi kita dan kita mesti berterima kasih kepada-Nya atas pemberian terindah ini. Kita harus berusaha tanpa henti untuk memperbaiki diri untuk-Nya.

Perkara paling penting yang harus diingati adalah bahawa usaha memperbaiki diri ini adalah suatu proses yang berterusan dan ia bukannya pencapaian buat hanya sekali. Oleh itu, jangan terlalu bebankan diri anda dan ambillah langkah-langkah kecil untuk menjadi lebih baik bermula dari hari ini In shaa Allah. Ingatlah juga bahawa kita selalu ada ruang untuk diperbaiki dan lebih banyak perkara untuk dipelajari mengenai agama Islam yang indah serta bagaimana untuk lebih dekat dengan-Nya.

Klik pada pautan di bawah untuk memuat turun eBuku tersebut dan berkongsilah dengan yang tersayang.