Jom Cuba 5 Aneka Resepi Minuman Mudah ini sewaktu Sahur!

Waktu sahur penting diisi dengan sajian seimbang yang mampu memberikan umat Islam tenaga untuk kekal produktif sepanjang hari. Sepanjang keberadaan PKP semenjak tahun lepas, ramai di kalangan rakyat Malaysia telah belajar untuk memasak dan berani mencuba pelbagai resipi kerana pergerakan dihadkan serta ingin memanfaatkan masa di rumah. Menu juadah berbuka kali ini sudah pasti lebih unik dengan sajian tersendiri, namun bagaimana dengan sahur anda? Jika buntu dengan menu minuman yang sama sahaja ketika sahur seperti MILO kosong atau kopi, gunakan cadangan resepi ini untuk dinikmati ketika sahur dan kekal bertenaga di bulan puasa:

  1. MILO® FRUITY MUESLI PANAS

Saiz Hidangan: 1
Masa penyediaan: 5 minit

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk dan biar mereneh.
  2. Tuang ke dalam cawan dah hidangkan panas.

KANDUNGAN NUTRISI

Tenaga (Kcal)225
Karbohidrat (g)32.8
Protein (g)10.1
Lemak (g)5.5
  1. MILO® MATCHA PANAS

Saiz Hidangan: 1

Masa penyediaan: 5 minit

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk dan biar mendidih. Kacau sehingga sebati. 
  2. Tuang ke dalam cawan dan hidangkan panas.

KANDUNGAN NUTRISI

Tenaga (Kcal) 203

Karbohidrat (g) 28.3

Protein (g) 10.8

Lemak (g) 5.6

  1. SMOOTHIE SARAPAN CERIA MILO®

Saiz Hidangan: 1
Masa penyediaan: 5 minit

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan MILO® with Whole Grain Cereal, susu dan kurma ke dalam periuk dan biar mereneh.
  2. Tuang campuran MILO® ke dalam cawan dan taburkan biji labu dan biji bunga matahari di atas ia. Hidangkan panas.

KANDUNGAN NUTRISI

Tenaga (Kcal)239
Karbohidrat (g)33.9
Protein (g)9.4
Lemak (g)6.8
  1. MILO® EPAL & BIJIRAN SMOOTHIE

Saiz Hidangan: 1
Masa penyediaan: 5 minit

CARA PENYEDIAAN

  1. Tuangkan semua bahan-bahan ke dalam mesin kisar dan kisar sehingga tekstur menjadi pekat.
  2. Tuang ke dalam gelas dan hiaskan dengan sedikit MILO® with WHOLE GRAIN CEREAL dan hirisan epal.

KANDUNGAN NUTRISI

Tenaga (Kcal)244
Karbohidrat (g)39.7
Protein (g)9.6
Lemak (g)4.7
  1. MILO® SMOOTHIE CORNFLAKES & KURMA

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali cornflakes ke dalam periuk dan biar mereneh.
  2. Tuang ke dalam cawan dan taburkan cornflakes di atas. Kacau sebati dan hidangkan panas.

KANDUNGAN NUTRISI

Tenaga (Kcal)228
Karbohidrat (g)32.7
Protein (g)9.8
Lemak (g)5.9

Lebih gemar untuk bersahur secara bersederhana? Mudah sahaja. Padankan sajian sahur dengan MILO® with Whole Grain Cereal yang mengandungi 25% lebih bijirin dan tinggi serat. Ia bukan sahaja memberikan tenaga malah lebih mengenyangkan tanpa rasa bebanan sahur yang berat! Tahukah anda bahawa bijian penuh merupakan sumber pelbagai nutrien utama seperti serat, karbohidrat, protein, vitamin dan mineral? Satu hidangan MILO with Whole Grain Cereal mengandungi 8g bijian penuh, kira-kira memenuhi 17% saranan keperluan pengambilan bijian penuh sehari! Sama seperti produk MILO yang lain, MILO with Whole Grain Cereal juga mengandungi kebaikan barli malt, susu dan koko, serta kombinasi unik vitamin dan mineral penting yang dapat membantu membebaskan tenaga daripada makanan. Anda hanya perlu menambahkan 200ml air panas ke dalam cawan bersama MILO with Whole Grain Cereal. Ringkas tetapi padat dengan tenaga, nikmati rasa MILO asli kegemaran rakyat Malaysia dipadankan dengan pemakanan seimbang untuk memberi kecergasan dalam menjalani ibadah puasa secara lebih sihat dan aktif!