5 Cara Menyeronokkan Untuk Kanak-Kanak Belajar Membaca Quran

Mempelajari Al-Quran boleh menjadi sesuatu yang mendebarkan bagi setiap individu, termasuk ibu bapa. Ini lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang pertama kali didedahkan kepada kitab suci Al-Quran. Bagi kebanyakan orang, itu adalah dalam bahasa asing yang baru mereka mulakan dalam doa harian mereka.


Berikut adalah 5 cara yang menyeronokkan untuk diterokai dan dilaksanakan semasa mengajar Al-Quran untuk anak-anak anda:

Pembelajaran Melalui Lisan dan Pendengaran

Tidak ada gunanya untuk terlalu bertegas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Ianya dapat memadam semangat anak-anak kecik untuk terus belajar. Yang paling teruk, ini berpotensi membawa kepada pembelajaran dengan pengulangan tanpa benar-benar mengembangkan akal dari segi pemahaman dan penghayatan keindahan isi Al-Quran.

Beberapa ayat Al-Quran dibaca berulang kali di dalam Solat Harian kita. Mulakan dengan surah-surah pendek dan mudah untuk dibaca dan diajar. Melalui platform internet dan media sosial, kenal pasti sumber yang boleh dipercayai untuk mendengarkan bacaan yang dapat meningkatkan keyakinan anak-anak anda untuk mengikut apa yang mereka dengar.Aplikasi Muslim Pro adalah platform yang sangat baik untuk bermula kerana mudah dinavigasi. Selain itu, ini adalah peluang terbaik untuk mula menghargai keindahan ayat-ayat Quran.

Main dan Belajar


Anak-anak mengambil pengetahuan dengan mudah jika ianya diajar dalam bentuk permainan. Terdapat pelbagai cara untuk melaksanakan dan membentuk strategi berkesan (dan menyeronokkan!) Ini untuk dinikmati oleh kedua-dua anak (dan ibu bapa)!

Salah satu contohnya adalah tugas mencari atau mengenal pasti ayat-ayat tertentu diikuti dengan mendapatkan terjemahan yang boleh dipercayai melalui buku-buku mengenai tafsiran al-Quran atau sumber dalam talian. Pendekatan lain adalah mengenal pasti surah atau ayat tertentu yang mereka ketahui atau suka, kemudian membacanya secara lengkap. Kata-kata semangat dan pujian tentu akan membantu meningkatkan kepercayaan diri, untuk berusaha tanpa berputus asa, walaupun anak-anak anda melakukan kesalahan yang harus mereka lakukan.

Tick! Tick! Timer

Ambil timer atau gunakan telefon pintar anda. Maksimumkan masa dengan menambahkan elemen persaingan jika terdapat lebih dari 2 anak di rumah anda. Pada masa yang sama, ini dapat menjadi cara untuk mendorong pembelajaran yang dipercepat dari kaedah yang disebutkan di atas untuk setiap anak. Dengan berusaha mengalahkan peribadinya dengan sebaik-baiknya dari pengalaman pembelajaran sebelumnya, ia memperkenalkan unsur kegembiraan yang lebih tinggi!

Cerita Kisah di Dalam Al-Quran Sebelum Tidur

Kisah pengembaraan, ketakwaan, menuntut ilmu dan juga tekad banka di ceritakan di dalam Al-Quran. Kisah para nabi dapat menambah dan meningkatkan pembelajaran Al-Quran. Dapatkan buku atau sumber dalam talian kanak-kanak seperti itu untuk meningkatkan lagi imaginasi anak-anak anda dan mengembangkan pemahaman mereka tentang Al-Quran secara keseluruhan. Ini serupa dengan menyelesaikan permainan susun suai gambar. Dalam kes ini, ia selalu berlaku berdasarkan kepingan teka-teki yang berbeza yang dikumpulkan sepanjang pembelajaran.

Selain itu, teroka masjid atau muzium tempatan di bandar anda untuk meneroka pameran mengenai sejarah dan tradisi Islam. Terlalu jauh dari kediaman anda? Tidak menjadi masalah. Terokai lawatan maya tanpa perlu meninggalkan tempat duduk anda. Ini akan mengaktifkan deria anak-anak anda. Ini adalah peluang terbaik untuk membantu anak-anak anda memvisualisasikan kisah-kisah tertentu atau pengetahuan yang mereka kumpulkan selama ini; sama ada melalui seni bina ruang Islam atau maklumat budaya masyarakat Islam di seluruh dunia.

Tiada Kemenangan Terlalu Kecil

Teruskan motivasi kepada anak-anak anda untuk terus meneroka dan belajar mengenai Al-Quran. Jangan sesekali memperlekehkan sebarang pertanyaan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak anda. Raikan pencapaian mereka sepanjang jalan, sama ada bacaan surah tertentu, atau memahami insiden sejarah yang melibatkan para nabi. Kata-kata semangat yang konsisten membantu membina keyakinan pada anak-anak anda.

Ditulis oleh: Helmy Sa’at

Diterjemah oleh: Jasmine