Daripada Rasulullah ﷺ: Keindahan Taubat

Sekiranya kita benar-benar mengetahui kebaikan bertaubat, kita tidak akan berhenti mempraktikkannya. Ia adalah salah satu perbuatan yang paling disukai Allah. Sesungguhnya, Allah tidak meminta kesempurnaan daripada kita. Dia lebih tahu daripada kita bahawa kita bukan malaikat dan kadang-kala melakukan kesilapan. Sudah tentu kita harus berusaha untuk tidak menyerah pada godaan dan membersihkan hati kita dari kecenderungan berbuat jahat.


Tetapi di sebalik usaha dan perjalanan rohani kita, kita akan terjatuh dari semasa ke semasa. Allah, Maha Tinggi, Maha Mengetahui dan tidak pernah memaksakan perkara yang mustahil terhadap kita. Dia meminta kita untuk kembali kepada-Nya apabila kita jatuh dań tiada tempat untuk bergantung harap.

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Nisa’: 110)

Allah Maha Pengampun, Dia suka memaafkan, dan dosa boleh menjadi rahmat jika ianya membawa kepada taubat yang tulus dan ikhlas. Rasulullah ﷺ, menyatakan kasih sayang Yang Maha Esa kepada orang yang bertaubat dengan bersungguh-sunngguh:

“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah pada siang hari dan membentangkan tangan-Nya pada siang hari menerima taubat orang yang bersalah pada malam hari, hingga matahari terbit dari barat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, adalah penting untuk bertaubat setiap kali kita melakukan dosa, tanpa putus asa dari Rahmat Ilahi.


Dan mereka itu (golongan bertakwa) apabila melakukan perbuatan keji atau telah menzalimi diri mereka sendiri, mereka terus mengingati Allah dan beristighfar terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang dapat mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka itu tidak berterusan dalam melakukan apa yang telah mereka kerjakan dalam keadaan mereka mengetahuinya.

Surah Aali Imraan (135)

Mungkin pada saat bertaubat, musuh kita, Shaytan, akan datang dengan alasan untuk menghalang kita untuk meminta keampunan Allah. Kita akan melakukan apa yang paling dia benci.

Kita akan melakukan apa yang paling dia benci, dan pelbagai idea yang salah terlintas di fikiran, seperti:

“Tidak ada gunanya, kamu sudah bertaubat dari dosa ini dan kamu telah melakukannya lagi!”

“Anda tahu anda akan melakukannya lagi, jangan menjadi munafik!”

Idea-idea ini harus ditolak, mereka hanya menyembunyikan apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh Shaytan kepada kita: “Tetaplah jahat dengan saya! Tetaplah menghalangi saya dan jangan kembali kepada Pencipta anda! “

Di antara rukun taubat, ialah mempunyai niat untuk tidak melakukannya lagi, yang tidak bermaksud kepastian untuk berjaya. Ini adalah niat ikhlas yang diperlukan. Sekalipun kita jatuh ke dalam dosa yang sama di kemudian hari, kita harus bertaubat dengan tulus sekali lagi. Dengan cara ini, sedikit demi sedikit, kita membersihkan hati kita dari penyakit yang menyebabkan kita melakukan kesalahan ini dan akhirnya tidak akan mengulanginya lagi in shaa Allah.

________________________________________________________________________________________

Vincent Souleymane

Vincent Souleymane, seorang imam Perancis dan penasihat syariah di Muslim Pro, telah mendedikasikan dirinya untuk belajar dan memperkaya orang lain dengan pengetahuan sains Islam sejak dia masuk agama pada tahun 1999.

Semasa belajar di Institut Oussoul Eddine di Saint-Denis, dia menyedari betapa pentingnya berbakti kepada Allah dan memutuskan untuk melanjutkan pelajaran keagamaannya di daroul ouloum achrafiya di Pulau La Réunion dan di IESH Château Chinon.

Sejak itu, Vincent Souleymane mengabdikan diri kepada Yang Mahakuasa dengan mengajar Islam di Institut Oussoul Eddine, serta menjadi imam di Masjid Fontenay sous Bois.