Salaam, Kami Dari Tim Kejuruteraan Muslim Pro

Siri ‘Salaam…’ memperkenalkan ahli keluarga Muslim Pro kepada lebih daripada 100 juta penonton kami. Ketahui apa yang kami lakukan, bagaimana kami bekerja dan bagaimana ia berfungsi untuk aplikasi Muslim nombor 1 di dunia!


Apa sebenarnya tugas anda dalam Muslim Pro?

Kami bertanggungjawab untuk mengembangkan infrastruktur cloud, aplikasi mudah alih dan web Muslim Pro. Sebagai satu pasukan, kami secara kolektif memelihara dan berkerja untuk menjadi salah satu pasukan yang sangat berfungsi bagi memenuhi keperluan pelbagai pihak berkepentingan di dalam syarikat.

Apa yang diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan?

Sekiranya anda gemar menyelesaikan masalah, minat kepada bidang pengaturcaraan dan perisian, suka untuk mengatasi cabaran; maka anda digalakkan untuk menyertai Muslim Pro.

Kami terus berkembang dan sentiasa mencari bakat untuk menyertai pasukan dinamik kami.


Kongsikan kepada kami bagaimana pasukan anda berkerja seharian?

Biasanya, kami akan memulakan hari kami dengan perjumpaan harian dimana kami akan membincangkan tentang apa yang telah kami capai di cycle sebelumnya, dan apa yang kami rancang untuk hari itu. Jika diperlukan, kami juga akan membantu satu sama lain di dalam perjumpaan ini. Selepas itu, kami akan melakukan kerja harian kami seperti pengekodan (coding), membincangkan keperluan dengan pelbagai pihak berkepentingan, bekerjasama dengan pereka dll. Kadang kala, kami akan melakukan sumbang saran di antara kami untuk menyelesaikan masalah kompleks yang mungkin timbul.

Perkara terbaik berkerja sebagai jurutera Muslim Pro ialah sumbangan saya yang akan memberi kesan positif di dalam kehidupan untuk jutaan pengguna Muslim di luar sana. Selain itu, adalah menjadi satu kebanggaan buat saya melihat keluarga & rakan-rakan saya menggunakan aplikasi ini sebagai salah satu keperluan harian mereka dari sudut keagamaan.

A M Masudul Haque
Ketua Kejuruteraan Platform

Tiga perkataan untuk menggambarkan pasukan.

Bersemangat, cerdas dan cekap.