Memberi Sedekah: 5 Sebab Kenapa Islam Menggalakkannya

Sedekah merupakan salah satu perbuatan yang sangat disukai dan dianjurkan dalam Islam. Allah SWT menyebut berulang kali didalam Al-Quran bahawa amalan sedekah itu sangatlah besar, dan seharusnya dilakukan selalu.


Beramal dan berbuat baik itu termasuk menolong mereka yang memerlukan, memberi makan kepada orang miskin dan yang memerlukan, membantu anak yatim dan balu, berkongsi harta, dan berbelanja di jalan Allah. Amal yang dikenali sebagai sedekah adalah harus, ianya tidak wajib seperti memberi zakat. Bersedekah tidak semestinya dari segi kewangan sahaja. Cukup sekadar tersenyum kepada orang asing di jalan atau berkongsi ilmu yang kita ada.

Berikut adalah lima sebab mengapa Islam mengalakkan kita untuk bersedekah:

Sifat Orang Beriman

Membelanjakan harta di jalan Allah merupakan salah satu sifat orang yang beriman. Di permulaan Surah Al-Baqarah, Allah berfirman mengatakan bahawa Qur’an adalah petunjuk bagi mereka yang beriman, kemudian Allah menerangkan ciri-ciri hambaNya yang soleh, mereka ialah “yang percaya kepada yang ghaib, mendirikan solat, dan membelanjakan dari apa yang telah Kami sediakan untuk mereka.”

Manakala, dalam Surah Al-Fussilat 41: 7, ketika Dia menggambarkan orang-orang musyrik, perkara pertama yang disebutkan untuk menggambarkannya adalah: “Mereka yang tidak memberi zakat, dan di akhirat mereka adalah orang-orang kafir.”


Penghapus Dosa

Dari Ka’b ibn ‘Ujza, Nabi ﷺ berkata,‘Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Tirmidhi) Oleh yang demikian, sedekah merupakan cara terbaik untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu.

Mendapat nNaungan di Hari Pengadilan

Dilakukan dengan ikhlas dan sembunyi-sembunyi, sedekah adalah cara untuk menjadi antara tujuh kategori orang yang akan berada di bawah naungan Allah pada hari kiamat, hari di mana tidak akan ada bayangan lain melainkan bayangan-Nya, ketika matahari akan dekat dan ada yang akan mandi berpeluh.

Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad menerangkan:

“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari kiamat apabila tidak ada naungan melainkan naungan Allah. Mereka adalah:

• Pemimpin yang adil.

• Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa.

• Orang yang hatinya terpaut pada masjid.

• Dua individu yang saling mengasihi kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.

• Lelaki yang dipikat wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata: “Percayalah, saya takut kepada Allah.”

• Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.

• Orang yang ingat kepada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis air matanya. 

(Hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim)

Mendapat Tempat di Syurga

Allah berfirman dalam surah At-Tawbah 9: 111,

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,

Menyucikan Kesalahan yang Tidak Disengajakan

Mungkin ada kesilapan dan kekurangan dalam cara kita memperoleh harta benda, dengan hasil beberapa dari mereka tidak diperoleh dengan cara yang diredhai Allah. Sedekah membantu membersihkan kesalahan yang tidak disengajakan ini. Abu Dawud melaporkan dari Qays ibn Abi Gharaza bahawa Nabi Muhammad bersabda:

‌يا ‌معشر ‌التجار، إن البيع يحضره الحلف واللغو، فشوبوه بالصدقة

Maksudnya: Wahai para peniaga! Sesungguhnya dalam jual beli akan melibatkan sumpah palsu dan perbuatan yang lagha. Oleh itu, campurkanlah jual beli kamu dengan sedekah.

Riwayat Ibn Majah (2145)

Untuk lima sebab itu, kita boleh mula bersedekah untuk orang yang paling dekat dengan kita; keluarga besar, rakan, jiran, atau bahkan orang yang kita temui di jalan yang mungkin memerlukan pertolongan. Ini adalah langkah kecil untuk kemudiannya membantu komuniti yang lain pada skala yang lebih besar.

Seruan Untuk Menghulur Bantuan

Muslim Pro menyokong pengumpulan dana kecemasan UNICEF di Afghanistan yang mana hasilnya akan membantu kanak-kanak di seluruh Afghanistan yang memerlukan bantuan kemanusiaan untuk terus hidup. 4.2 juta kanak-kanak tidak bersekolah, termasuk 2.2 juta kanak-kanak perempuan. Sumbanglah hari ini untuk membuat perbezaan dalam kehidupan mereka.

Semoga Allah SWT mengurniakan anda dan keluarga anda keberkatan dalam kesihatan dan kekayaan.

________________________________________________________________________________________

Ditulis oleh Vincent Souleymane.

Vincent Souleymane, seorang imam Perancis dan penasihat syariah di Muslim Pro, telah menggunakan segala waktunya untuk belajar dan memperkaya orang lain dengan pengetahuan sains Islam sejak dia memeluk agama itu pada tahun 1999. Semasa belajar di Institut Oussoul Eddine di Saint-Denis , beliau sedar akan pentingnya berbakti kepada Allah dan memutuskan untuk melanjutkan pelajaran keagamaannya di Daroul ouloum achrafiya di Pulau La Réunion dan di IESH Château Chinon. Sejak itu, Vincent Souleymane mengabdikan diri kepada Yang Mahakuasa dengan mengajar Islam di Institut Oussoul Eddine, serta menjadi imam di Masjid Fontenay sous Bois.