5 Wanita Muslim Yang Menjadi Perintis dan Berpengaruh di Dalam Sejarah Islam

Beberapa nama tersebut mungkin kita kenali. Jika melihatkan pemimpin wanita Islam di dunia, kita mempunyai Benazir Bhutto, merupakan wanita pertama yang mempelopori parti politik di Pakistan dan juga merupakan perdana menteri Pakistan; Halimah Yacob, adalah presiden wanita pertama Singapura, dan Megawati Sukarnoputri, merupakan presiden wanita pertama, Indonesia. Kita juga mempunyai wanita Islam yang menempah nama dalam bidang sukan dan telah melakar sejarah menerusi usaha, kesungguhan, dan kegigihan, seperti Aries Susanti Rahayu, dari Indonesia; Sarah Attar, atlet balapan dari Arab Saudi; dan Stephanie Kurlow penari balet wanita berhijab pertama dari Australia.


Pada zaman nabi Muhammad ﷺ, ramai wanita di awal Islam amat penting dalam pelbagai bidang kepimpinan Islam yang luas. Berikut adalah sejarah-sejarah wanita yang merupakan inspirasi bagi sejarah Islam menerusi pengorbanan, kasih sayang, kesetiaan dan kepintaran, dan sumbangan besar mereka dalam ketamadunan Islam.

Khadija bint Khuwaylid

Lahir pada 555 S.M, Khadija bint al-Khuwaylid merupakan isteri Nabi Muhammad ﷺ, wanita pertama yang beriman dalam Islam, serta dikenali sebagai “Ummul Mukminin”. Khadija juga dikenali dengan wanita yang berpengaruh dan contoh terbaik bagi nilai kekuasaan dan kehormatan yang patut ada dalam diri wanita Muslim. Beliau merupakan anak kepada seorang saudagar yang berjaya dan beliau juga telah mewarisi kemahiran ayahnya disaat bidang tersebut dianggap berbahaya dan di dominasi oleh kaum lelaki. Selepas pemergian ayahnya, beliau telah mengambil alih perniagaan tersebut serta telah berdagang melalui pusat-pusat perdagangan utama pada masa tersebut. Berdasarkan dokumentari The Life of Muhammad, Khadijah telah membetulkan pandangan masyarakat pada zaman itu tentang perkahwinan wanita yang berusia dengan lelaki yang lebih muda. Hal ini kerana, beliau sendiri telah melamar baginda nabi Muhammad ﷺ. Sehingga kini, beliau masih menjadi salah seorang wanita yang berkuasa dan berpengaruh dalam sejarah Islam.

Aisha bint Abu Bakr 

Aisha dikenali sebagai isteri baginda nabi Muhammad ﷺ, yang paling muda dan merupakan seorang cendiakawan. Beliau juga telah memainkan peranan penting dalam bidang politik pada masa zaman beliau. Aisha memimpin sekumpulan tentera menentang Khalifah keempat iaitu Ali ibn Abi Talib dalam Perang Unta pada 656 Masihi. Setelah kekalahan beliau di medan perang, Aisha berundur ke rumah beliau. Beliau telah mula menterjemah dan meriwayatkan hadis serta menyebarkan ajaran Islam. Aisha juga diketahui telah meriwayatkan 2,210 hadis melalui pelbagai topik termasuk pewarisan harta (Faraid) dan penghijrahan. Selepas kewafatan baginda nabi Muhammad ﷺ, kepentingan beliau dalam masyarakat Islam semakin meningkat.


Sumayyah bint Khayyat

Sumayyah merupakan contoh wanita dalam sejarah Islam yang paling tragis dan paling memberi inspirasi.  Beliau merupakan Syuhada’ Islam pertama dan merupakan salah seorang wanita pertama yang telah menentang secara terbuka pembesar Quraisy pada zaman tersebut. Dilahirkan sebagai hamba dan kemudiannya dibebaskan, Sumayyah berkahwin dengan Yasir Ibn Amir dan merupakan keluarga pertama yang memeluk ajaran Islam. Kaum pemimpin Qurasy menangkap dan menyeksa Summayah dan memaksa beliau untuk menyekutukan Allah serta menolak ajaran nabi Muhammad ﷺ, tetapi Sumayyah  Beliau tidak mahu menduakan kepercayaan beliau terhadap Islam. Oleh kerana keimanan beliau terhadap Allah dan Islam, beliau telah dibunuh oleh Abu Jahal, yang merupakan pembesar Qurasy dan Makkah.

Nusaybah bint Ka’ab

Nusaybah bint Ka’ab Al Maziniyyah merupakan salah seorang yang telah memeluk agama Islam pada awal penurunan Wahyu. Beliau percaya bahawa wanita juga mempunyai tanggungjawab yang sama seperti lelaki dalam mempertahankan agama yang baharu. Nusaybah menerima pengiktirafan sebagai wanita yang terkenal yang telah mengambil bahagian dalam peperangan Uhud, namun penglibatan beliau dalam peperangan bukan sekadar pada peperangan tersebut sahaja. Beliau juga salah seorang yang terlibat, dalam Perjanjian Aqabah, Hudaibiyyah, sama seperti peperangan Khaybar dan Hunayn. Beliau dihormati oleh Abu Bakr Al Siddique dan juga Umar bin Al-Khattab yang sentiasa memuji kekuatan dan keberanian beliau. Di bawah kepimpinan Abu Bakr, Nusaybah telah berperang dengan handal semasa Al-Yamamah dan menanggung banyak kecederaan serta telah kehilangan tangan. Nusaybah merupakan seorang yang amat memberikan inspirasi kepada kita atas keberaniannya di medan perang yang setaraf dengan keteguhan Imannya.

Khawlah Bint Al-Azwar

Khawlah merupakan anak perempuan kepada salah seorang pemimpin Bani Asa dan merupakan sahabat nabi Muhammad ﷺ. Keluarga beliau merupakan antara keluarga yang terawal yang telah memeluk Islam. Ayah Khawlah, Al-Azwar, mengajar beliau kemahiran bermain pedang dan beliau telah menjadi pahlawan yang handal. Tidak dinafikan bahawa Khawlah sering dinyatakan sebagai pahlawan wanita yang hebat serta pernah dibandingkan dengan Khalid Bin Walid dalam peperangan. Khawlah disanjung semasa hayat beliau dan sehingga kini. Beliau meletakkan contoh bagi lelaki dan wanita bahawa mereka perlu mempertahankan kepercayaan mereka.

Legasi dan kesetiaan wanita-wanita Muslim ini terus menjadi inspirasi dan menyentuh hati dan jiwa masyarakat Islam sehingga ke hari ini. Contoh teladan yang ditinggalkan oleh mereka kepada masyarakat tidak akan pudar.

Ditulis oleh Hessy Trishandiani