6 Buku Untuk Menghubungkan Anak-Anak Anda Kepada Nabi Muhammad ﷺ

Ketika pertama kali saya mengikuti kelas didikan ibu bapa Islam, para guru seringkali mengingatkan bahawa kita harus menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah  ﷺ dalam diri anak – anak kita. Sejujurnya saya tidak tahu harus bermula dari mana. Justeru,saya merujuk kepada buku untuk membantu saya memahami lebih lanjut mengenai tanggungjawab ini.


Alhamdulillah, pada masa kini kita mempunyai banyak sumber rujukan mengenai Rasulullah ﷺ. Kita hanya perlu melayari Google dan kita akan dapat menemui pelbagai jenis buku sesuai untuk kanak – kanak mengenai Rasulullah ﷺ. Saya mempunyai beberapa senarai buku dan sumber rujukan yang berkaitan dengan Rasulullahﷺ  tetapi yang saya senaraikan di bawah adalah buku – buku dan sumber yang kami sangat suka.

Kredit: Goodwordbooks
  1. 365 days with the Prophet Muhammad ﷺ  oleh Goodword sangat menyeronokkan. Jalan ceritanya adalah sangat mendalam sehingga membuatkan pembaca menitiskan airmata.Cerita-ceritanya ringkas dan padat menjadikan tugas mengajar anak – anak tentang Sirah Nabi sangat mudah. Anda akan dapat mempelajari banyak perkara dengan hanya membaca buku ini bersama anak – anak anda.
Kredit: Timas Publishing

2) I’m Learning my Hadith Series oleh Timas publishing adalah salah satu bahan bacaan kegemaran anak – anak saya.  Mereka meminta saya untuk membacakan buku ini berulang kali dan kami memiliki buku – buku itu selama bertahun lamanya.


Kredit: Learning Roots

3) The Prophet’s ﷺ Pond oleh Learning Roots harus ada dalam senarai kerana tidak banyak buku kanak-kanak yang boleh membuatkan air mata menitis dan membuat hati anda tersentuh dengan kerinduan kepada Rasulullah ﷺ kerana buku ini diterbitkan dengan sangat baik.

Kredit: Learning Roots

4)The Prophet ﷺ Described oleh Learning Root mempunyai gaya penulisan yang sama seperti  The Prophet’s ﷺ Pond. Buku sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur. Ilustrasi yang menarik sudah cukup untuk menarik minat kanak-kanak. Ia juga buku yang baik untuk mereka mempelajari bahagian badan manusia. Pembaca daripada peringkat umur yang lebih tua boleh mendalami info terperinci Rasulullah ﷺ. Ia adalah sumber rujukan yang sangat bermanfaat kerana ia juga mengandungi semua maklumat hadis yang disertakan di bahagian belakang buku.

Kredit: Salam Series
  1. Huwa Muhammad ﷺ oleh Salam Series merupakan penerbitan yang menarik yang dikarang oleh pengarang tempatan dan apa yang menjadikannya unik ialah ia diterbitkan dalam dwibahasa (Arab-Inggeris). Ia merupakan buku pengenalan yang sempurna kepada Rasulullah ﷺ untuk anak-anak yang lebih muda dan merupakan rujukan yang baik untuk pembaca dewasa belajar bahasa Arab.
Kredit: Book Depository
  1. The Life of the Prophet Muhammad oleh Leila Azzam & Aisha Gouverneur juga merupakan buku tambahan yang bagus. Saya sedang membacakan buku ini kepada anak-anak saya sebelum tidur. Buku ini menceritakan tentang zaman sebelum Rasulullah ﷺ dilahirkan, pada zaman Nabi Ibrahim dan seterusnya menceritakan tentang anak-anakNabi Ismail dan keturunan mereka yang terdiri daripada suku Quraisy. Buku ini mudah diikuti, dibahagikan kepada bab-bab pendek dan menjadikannya bacaan yang hebat.

Ditulis oleh: Ukht Husni

Hafeezah dan Hanan Alsagoff adalah dua adik beradik yang menggunakan nama pena Ukht Husni. Hafeezah lulus dari Universiti Nasional Singapura, di mana dia mengambil jurusan Sosiologi dan pengajian Teater, manakala Hanan mempunyai sarjana Seni Bina dari universiti yang sama. Kedua-duanya adalah guru sekolah menengah bahasa Inggeris sebelum mereka mengasaskan syarikat penerbitan mereka sendiri, Hommely Hammock, pada 2014.Siri The Arabic Alphabet of Huruf Island baru-baru ini memenangi anugerah Siri Buku Terbaik 2021 daripada syarikat penerbitan AS Daybreak Press. Sehingga kini, mereka telah menerbitkan 10 buku dan mencipta 2 permainan kad.