Keturunan Quraisy: Nabi Muhammad ﷺ dan Keluarga Beliau

Rasulullah ﷺ bersabda:


إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى مِنْ وَلَدِ إِبْرَاهِيمَ إِسْمَاعِيلَ وَاصْطَفَى مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ بَنِي كِنَانَةَ وَاصْطَفَى مِنْ بَنِي كِنَانَةَ قُرَيْشًا وَاصْطَفَى مِنْ قُرَيْشٍ بَنِي هَاشِمٍ وَاصْطَفَانِي مِنْ بَنِي هَاشِمٍ

Sesungguhnya ALLAH memuliakan Kinanah daripada anak Ismail, Dia memuliakan bangsa Quraisy daripada keturunan Kinanah, Dia memuliakan bani Hashim daripada bangsa Quraisy, kemudian Dia memuliakanku daripada bani Hashim

[Jami At-Tarmizi, no. 3605]

Nabi Adam – Nabi Muhammad ﷺ

Melalui tradisi Islam, susur galur keturunan Rasulullah dapat dijejaki sehingga ke Nabi Adam dan Nabi Ibrahim.


Nabi Muhammad ﷺ adalah satu – satunya anak lelaki pertama Abdullah bin Al Muthalib dan Amina binti Wahab. Ayah Baginda meninggal dunia sebelum Baginda dilahirkan, dan ibunya meninggal ketika dia berumur 6 tahun. Datuknya Abdul Muthalib menjaganya. Selepas kematian datuknya, Abu Talib (saudara lelaki, Abdullah bin Abdul Muthalib) telah menjaganya.

Datuk moyang Rasulullah ﷺ iaitu Abdul Manaf berasal dari keturunan Fihr Ibn Malik, iaitu ketua suku Quraisy. Keturunan Suku Quraisy berasal dari seorang lelaki yang bernama Adnan. Keturunan Orang Arab Adnan berasal dari Nabi Ismail iaitu anak sulung kepada Nabi Ibrahimdan Siti Hajar. Sejarah keturunan ini boleh dijejak daripada Nabi Adam,Nabi Seth/Syith dan Nabi Nuh.

Berdasarkansejarah Islam, terdapat:

  • 10 keturunan di antara Nabi Adam sehingga Nabi Nuh
  • Tidak berapa jelas bilangan generasi di antara generasi Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh
  • Tidak berapa jelas bilangan generasi di antara generasi Nabi Ismail dan Nabi Adnan
  • 21 generasi keturunan antara Nabi Adnan hingga Nabi Muhammad ﷺ
  • Nabi Muhammad ﷺ hidup dari Tahun 570M hingga 632M
Ancestors of Nabi Muhammad ﷺ  

Ummul Mukminin, Isteri – Isteri Nabi Muhammad ﷺ  

Rasulullah ﷺ menjalani kehidupan dengan mengharungi pelbagai ujian. Walau bagaimanapun, Baginda dikenali sebagai seorang yang mempunyai sifat belas kasihan yang tinggi terhadap ahli keluarganya. Baginda berkahwin secara monogami dengan Siti Khadijah selama 25 tahun. Mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan.

Setelah Khadijah RA meninggal dunia, Rasulullah ﷺ berkahwin dengan 11 wanita lain. Marya Al-Qibtiyya merupakan satu-satunya isteri Baginda yang dikurniakan anak selain daripada Khadijah.

Susunan Kronologi Isteri – Isteri  Rasulullah ﷺ

  1. Khadijah Binti Khuwailid :  Bangsawan dan Balu. Beliau berusia 15 tahun lebih tua dari Nabi Muhammad ﷺ. Beliau meninggal dunia pada umur 65 tahun.
  2. Saudah Binti Zam’ah: Beliau merupakan seorang balu dan Nabi Muhammad ﷺ mengahwininya.
  3. Aisyah Binti Abu Bakar : Beliau merupakan anak Sayyidina Abu Bakar dan Nabi Muhammad ﷺ mengahwininya pada usia yang muda.
  4. Hafsah binti ‘Umar : Beliau juga seorang balu sebelum berkahwin dengan Rasulullah ﷺ.
  5. Zainab Binti Khuzaimah: Beliau merupakan balu yang sudah berumur, beliau juga digelar sebagai  ‘Ummu Al-Masakin’, Ibu Orang Miskin. 
  6. Ummi Salamah: Beliau merupakan seorang balu dan mempunyai anak kecil sebelum berkahwin dengan Rasulullah ﷺ.
  7. Zainab Binti Jahsy : Seorang balu, beliau juga merupakan sepupu Nabi Muhammad ﷺ, seorang tukang kulit yang hebat ketika beliau berkahwin dengan Nabi ﷺ.
  8. Juwayriah bint Al-Harith: Seorang balu dan merupakan tawanan tentera Islam, Nabi ﷺ telah membebaskannya dan mengahwininya.
  9. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan: Seorang mualaf, dia menceraikan suaminya kerana memeluk agama Kristian. Rasulullah ﷺ menikahinya untuk menyelamatkannya dari kesulitan.
  10. Safiyah Binti Huyai: Beliau adalah anak perempuan kepada Raja Yahudi dan merupakan tawanan perang. Beliau dibebaskan dan berkahwin dengan Rasulullah ﷺ.
  11. Maimunah Binti Harith: Beliau menawarkan dirinya sendiri untuk berkahwin dengan Rasulullah ﷺ dan Baginda bersetuju.
  12. Mariah al- Qibtiyyah : Diberikan kepada Nabi ﷺ sebagai hamba, Baginda memerdekakan Beliau dan mengahwininya.

Khadijah dan Zainab Binti Khuzaimah meninggal dunia ketika Rasulullah ﷺ masih hidup.

Anak – anak Rasulullah ﷺ 

Nabi Muhammad ﷺ  mempunyai 7 orang anak hasil perkahwinan Baginda dengan 2 orang isteri.

Nabi Muhammad ﷺ & Siti Khadijah 

  1. Qasim Bin Muhammad (598 – 601 M)
  2. Zainab Binti Muhammad (599 – 629 M)
  3. Ruqayyah Bin Muhammad (601 – 624 M) 
  4. Ummu Kulthum Binti Muhammad (603 – 630 M)
  5. Fatimah Binti Muhammad (605 – 632 M)
  6. Abdullah Bin Muhammad (611 – 615 M)

Nabi Muhammad ﷺ & Maria al-Qibtiyya

  1.  Ibrahim (630 – 632 M)

Cucu – Cucu Nabi Muhammad ﷺ 

  • Zainab telah berkahwin dengan sepupu sebelah ibunya iaitu Abul Ash Al Rabi dan telah dikurniakan dua orang anak.
  • Ali (meninggal ketika masih bayi)
  • Umamah telah berkahwin dengan Ali bin Abu Talib selepas  Fatimah Az-Zahraa’ meninggal dunia
  • Ruqayyah telah berkahwin dengan Saidina Uthman bin Affan dan mempunyai seorang anak lelaki.  .
  • Abdullah (meninggal ketika masih bayi)
  • Fatimah telah berkahwin dengan Ali Bin Abu Talib dan mempunyai 5 orang anak. 
  • Hassan (625 – 670 M)
  • Hussin (626 – 680 M)
  • Ummi Kalthum (627 M – tidak diketahui)
  • Zainab (626 – 682 M)
  • Muhsin (Meninggal ketika di dalam kandungan ibunya)
Descendants of Nabi Muhammad ﷺ