Ibu, Adakah Kita Menuju Ke Syurga?

“Mengembara — ia membuatkan anda teruja dan kehilangan kata, kemudian menjadikan anda seorang pencerita.” – Ibnu Batutah


Penerbangan selama lima jam dari Dubai ke Dar-es-Salaam menjadi pengalaman yang indah buat anak saya yang berumur 6 tahun. Pengembaraan ini adalah salah satu cara untuk mempelajari tentang alam ciptaan Allah. Apabila seseorang penggembara melakukan penggembaraan dengan bertujuan, ia akan mengubah kehidupan.

Semasa dalam perjalanan

Senarai semak telah diberikan kepada saya semasa membuat persiapan untuk perjalanan kami. Berus gigi, sikat rambut, celak mata, gunting, cermin poket — dan gula-gula, anak perempuan saya berkeinginan untuk menghadiahkan kepada sepupunya. Dia memeluk datuk dan neneknya, mencium tangan mereka, memohon doa dari mereka, dan mengucapkan selamat tinggal.

“Sampaikan salam kami kepada mereka semua. Jangan lupa untuk bersedekah semasa dalam perjalanan ke sana. Jumpa lagi, Insya Allah” kata nenek, suaranya beransur hilang apabila teksi mula bergerak pergi.   

Di dalam kapal terbang, kami mengikuti peta perjalanan yang dipaparkan di layar yang disediakan dihadapan kami. Apabila kami menjenguk ke tingkap, betapa indahnya langit membiru ciptaan Allah. Terasa seperti adiwira apabila kapal terbang membelah langit dan awan.


Lailat al Miraj

“Tahukah kamu Rasulullah ﷺ mengembara melalui udara bertahun-tahun yang lalu?” Saya kata.“Tetapi tidak ada kapal terbang pada masa itu,” jawabnya.

“Betul tu. Mari ibu ceritakan mengenai perjalanan Rasulullah pada masa itu. Pada malam ke 27 di bulan Rejab, Allah menghantar Al-Buraq, seekor burung yang besar bersama malaikat Jibril. Baginda bermusafir dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda terbang tinggi, ke langit ketujuh.

Baginda bertemu dengan Nabi Adam, Isa, Yahya, Yusuf, Idris, Harun, Musa, dan Ibrahim. Baginda naik ke Baitul Ma’mur, rumah Allah di Jannah; Di penghujungnya, terdapat sebatang pokok, Sidrat Al-Muntaha, di mana tiada sesiapa pun kecuali Rasullah ﷺ dibenarkan. Allah memerintahkan Rasulullah ﷺ agar umatnya melaksanakan solat 50 kali setiap hari. Tetapi Rasulullah ﷺ mengurangkannya menjadi lima — Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.”

Lalu anak saya bertanya “Wah, jadi banyak perkara yang berlaku dalam satu malam?” 

“Benar,” kata saya, “malam itu dinamakan Lailat al Miraj. Semua ini berlaku dalam beberapa minit. Namun, jarak antara Mekah dan Baitulmaqdis adalah 1239.42 km. Lebih kurang dua jam penerbangan!”

“Dalam satu malam, Rasulullah ﷺ mengembara dan diberi ilmu yang tidak terhingga,” kataku. Saya membuka tab Al-Quran dalam aplikasi Muslim Pro saya, dan membaca ayat-ayat Surah Al-Isra. (masukkan imej daripada App).

“Ceritalah lagi! Ceritalah!” Dia menggeliat di tempat duduknya. “Baiklah,” saya berkata. Berzikir kepada Allah adalah sebahagian daripada perjalanan juga, saya berfikir sendiri dan meneruskan.

Nabi Musa membelah Laut Merah

Nabi Musa berjalan pulang ke kampung halamannya yang terletak di Mesir. Semasa dalam perjalanan, baginda melihat satu cahaya yang sangat terang, lalu baginda berjalan menuju ke cahaya tersebut. Baginda terjumpa sebuah pokok yang terbakar tetapi ianya tidak menjadi abu. Ia menjadi satu cahaya yang sangat terang. Allah berfirman kepada Musa dan memerintahkannya untuk mengajak saudaranya untuk beriman. Fira’aun yang kejam,saudara Musa tidak bersetuju,lalu Musa memulakan perjalanannya bersama pengikutnya dengan bimbingan Allah. Baginda berjalan menuju Laut Merah, ia merupakan jalan buntu yang mana dihadapannya merupakan lautan manakala di belakangnya pula tentera Fir’aun yang mengejar mereka. Allah memerintahkan Nabi Musa untuk menghentak laut dengan menggunakan tongkatnya,lalu lautan itu terbelah menjadi dua. Musa mengetuai pengikutnya untuk berjalan melintasi lautan yang terbelah dengan selamat.

“Adakah cerita ini benar?” dia bertanya. Saya memeluknya dan menganggukkan kepala saya. Ia serasa seperti tidak realistik. Akan tetapi inilah yang terjadi bila kita mengembara. Kita akan belajar akan tentang banyak perkara yang tidak kita sangkakan.Kita hendaklah keluar mencari ilmu dan pelajaran diluar sana dan kita pasti akan menemukan kebesaran Allah disekeliling kita.

Ibn Battuta, Si Pengembara

Saya berkongsi tentang Ibn Batutta, seorang pengembara Maghribi dari awal 1300-an. Beliau meninggalkan rumah dan keluarga pada usia 21 tahun untuk menunaikan haji. Beliau mengambil masa 18 bulan untuk sampai ke Mekah. Dia sangat terinspirasi dengan pengalamannya itu, lalu dia meneruskan perjalanan selama 30 tahun berikutnya untuk mengembara, melalui dunia Islam, hampir 40 negara jika kita menjejaki perjalanannya dalam peta moden. Selepas menempuh 75000 batu, dia akhirnya pulang ke rumah.

Hajj

“Bolehkah anda memberitahu saya perjalanan paling penting yang perlu kita lakukan?” matanya semakin kuyu.

“Perjalanan yang paling penting dalam hidup seorang Muslim adalah haji. Perjalanan ke rumah Allah. Perjalanan yang perlu kita sediakan lebih awal.” Matanya membulat dan bersinar-sinar. “Semoga Allah kurniakan rezeki yang cukup untuk menunaikan haji sekali seumur hidup saya,” bisik saya sendiri dan kemudian saya juga sandarkan kepala ke tempat duduk. 

Rasulullah (ﷺ) bersabda,

‏من سلك طريقًا يبتغي فيه علمًا سهل الله له طريقًا إلى الجنة، وإن الملائكة لتضع أجنحتها لطالب العلم رضا بما صنع، وإن العالم ليستغفر له من في السماوات والأرض حتى الحيتان في الماء، وفضل العالم على العابد كفضل القمر على سائر الكواكب، وإن العلماء ورثة الأنبياء وإن الأنبياء لم يورثوا دينارًا ولا درهما وإنما ورثوا العلم‏.‏ فمن أخذه أخذ بحظ وافر‏‏

“He who follows a path in quest of knowledge, Allah will make the path of Jannah easy to him. The angels lower their wings over the seeker of knowledge, being pleased with what he does. The inhabitants of the heavens and the earth and even the fish in the depth of the oceans seek forgiveness for him. The superiority of the learned man over the devout worshipper is like that of the full moon to the rest of the stars (i.e., in brightness). The learned are the heirs of the Prophets who bequeath neither dinar nor dirham but only that of knowledge; and he who acquires it, has in fact acquired an abundant portion.”

“Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya di antara jalan menuju surga. Sesungguhnya malaikat meletakkan sayapnya sebagai tanda redha pada penuntut ilmu. Sesungguhnya orang yang berilmu dimintai ampun oleh setiap penduduk langit dan bumi, sampai pun ikan yang berada dalam air. Sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu dibanding ahli ibadah adalah seperti perbandingan bulan di malam badar dari bintang-bintang lainnya. Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya Nabi tidaklah mewariskan dinar dan tidak pula dirham. Barang siapa yang mewariskan ilmu, maka sungguh ia telah mendapatkan keberuntungan yang besar.” 

 [Riyad as-Salihin 1388]

Syurga

Saya merasakan ada sentuhan pada siku saya. Saya bangun dan melihat pesawat sedang perlahan – lahan turun. Di bawah kami, terdapat taman-taman yang subur, lautan yang luas di boleh dilihat dari kejauhan, dan terpancar matahari yang indah bersinar.

“Ibu, adakah kita dalam perjalanan ke Syurga?” Dengan terujanya dia bertanya.

“Belum lagi, sayangku, tetapi suatu hari nanti kita akan ke Syurga. Bagaimanapun, seperti mana kita bersedia untuk perjalanan ini, kita juga perlu melakukan persediaan untuk ke Syurga. 

“Adakah kita akan pergi bersama – sama?” Dia bertanya.

Saya tersenyum dan berkata.”Berdoa kepada Allah, seperti mana kita berada disini bersama – sama, kita akan bertemu di sana. InsyaAllah.”

Kita semua adalah pengembara dalam persinggahan. Tidak pasti bila kita boleh berlepas. Namun destinasi kita adalah sama. Dari Dunia ke Akhirat.