Anak-Anak Zaman Teknologi vs Pakcik Tidak Celik Teknologi

Rasulullah ﷺ bersabda:


وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga.”

[Sunan Ibn Majah, no. 225]

Terdapat perbezaan bagaimana cara generasi berinteraksi dengan teknologi, terutamanya apabila mempraktikkan cara Islam. Ada sesetengah yang mengalu-alukanya, manakala yang lain enggan. Bermulanya era digital telah menyebabkan golongan yang berusia menyelar anak – anak mereka tentang masa yang dibazirkan oleh cucu – cucu mereka dihadapan skrin — tanpa menyedari kesan negatif dan positif hasil dari penggunaan visual ini kepada diri mereka sendiri.

Tujuan utama teknologi adalah untuk menjadikan hidup kita lebih mudah dan selesa. Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa Glass Generation merupakan cerminan gaya hidup pada masa kini apabila mereka mampu menggunaan pelbagai jenis teknologi. 


Generasi 

  1. Boomers (1946 – 1964) & Gen X (1965 – 1980) 

Ini adalah generasi pakcik dan makcik kita yang tidak celik teknologi. Enggan berubah. Mereka menaikkan kening apabila kanak-kanak meminta Alexa memainkan sajak mereka. Mereka menimbun buku yang mempunyai dua lapisan habuk, dan mungkin berlebihan dari segi maklumat terkini tentang sains dan teknologi. Walau bagaimanapun, rak buku itu juga mempunyai al-Quran lama yang mereka baca setiap hari, dan juga tempat paling bersih!

2.Milenium (1981 – 1996) & Gen Z (1997 – 2012) 

Generasi ini adalah generasi yang menerima kemajuan teknologi dengan rela hati dan memberi reaksi secara positif terhadap kemajuan sains dan apa yang ditawarkannya. Ini termasuk dari segi perubatan, mekanikal, bioteknologi, infoteknologi, komunikasi, elektronik dan pelbagai teknologi lain. Beralih daripada menonton iklan di dalam  rancangan televisyen kepada menjadi pengguna tegar platform penstriman tanpa iklan. Generasi ini mengalami kecanggihan media sosial dan mendapati diri mereka berhadapan dengan perubahan gaya hidup dan tingkah laku utama. Atas sebab tertentu, sentiasa tergesa-gesa.

Gen Alpha (2012 – sekarang)

Digelar sebagai Glass Generation. Kanak-kanak ini adalah kemuncak kepada semua pendahulu kami. Dilahirkan dalam persekitaran digital. Mahir. Mampu secara teknikal. Berkemahiran. Ilmu pengetahuan yang tersedia di hujung jari mereka membolehkan mereka mempelajari dan meneroka perkara penting pada abad ke-21 seperti pengaturcaraan, pengekodan dan robotik. Kesedaran tentang isu semasa dan global melalui kandungan yang sesuai untuk kanak-kanak yang terdapat di internet. Walau bagaimanapun, amalan mereka yang terlalu bergantung kepada teknologi amat membimbangkan. Lebih menumpukan pada skrin, anti sosial, gangguan fizikal yang boleh menyebabkan masalah rabun, kelesuan, dan kesan mental yang tidak dapat dinafikan. Sebahagian besarnya, adalah kesan daripada media sosial terhadap personaliti mereka mungkin akan mempengaruhi cara mereka mengamalkan Islam.

Mempraktikkan Teknologi

Setiap teknologi yang telah diperkenalkan, setiap inovasi yang telah dicipta mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Untuk kanak-kanak, pilihan tetapan untuk ibu bapa dan kawalan masa skrin ialah langkah yang boleh membantu. Hubungkan semula generasi supaya mereka belajar dan menghargai apa yang dilakukan oleh orang tua kita. Cara Islam yang membawa budaya kita ke hadapan tidak akan terdapat di mana-mana pada mana-mana peranti.

Untuk warga milenium seperti kita, mundur selangkah dan tarik nafas perlahan. Letakkan seketika peranti – peranti anda dan peluklah keluarga anda. Mulakan perbualan. Mendengar dan berkongsi. Kenangan dan pembelajaran akan kekal selamanya. 

Rasulullah ﷺ bersabda:

مَا نَحَلَ وَالِدٌ وَلَدًا مِنْ نَحْلٍ أَفْضَلَ مِنْ أَدَبٍ حَسَنٍ

“Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia”

[Jami` at-Tarmizi 1952]

Bagi orang dewasa yang tidak menggunakan teknologi, perkenalkan mereka kepada khutbah dalam talian dan sesi zum untuk program wacana Islam. Biarkan mereka menyesuaikan diri dengan e-books, berhubung semula dengan rakan melalui platform media sosial, memuat turun aplikasi Muslim-friendly apps  yang membantu mereka meneroka kandungan sejarah dan kandungan tentang Islam. Jejaki waktu solat peribadi dan melakukan rutin untuk Khatam Al-Quran anda, dapatkan tetapan dari aplikasi, sambil mempraktikkannya di dunia nyata!

Menuntut ilmu memerlukan kesabaran. Mengaji dan menghafaz al-Quran bersama-sama. Solat bersama-sama. Berkongsi cerita dan mengasah minda mereka dengan nikmat masa lalu dan masa kini yang Allah kurniakan kepada kita.

Walaupun bilangan peranti digital semakin banyak di rumah anda, kurangkan jarak hati dan biarkan generasi bergaul untuk belajar antara satu sama lain.

Ditulis oleh Farida Haji