Bagaimana Seekor Unta Mengajar Saya Cara Untuk Berdepan Dengan Kegelisahan

Berusaha melakukan yang terbaik atau mempercayai Allah?

Saya mempunyai masalah kegelisahan. Saya sentiasa khuatir dan saya hidup dengan hakikat itu untuk sekian lamanya. Saya percaya ianya berpunca daripada salah satu fasa di waktu kecil yang mana saya sentiasa rasa rendah diri dan kurang berkeyakinan;sentiasa merasa kurang dari yang lain.

Membesar di Kota Meritokratik Singapura

Saya membesar di Singapura-ya, kota kepada filem terkenal ‘Crazy Rich Asians’. Ianya juga merupakan rumah bagi ribuan kanak-kanak yang menghabiskan banyak waktu di sekolah, diikuti dengan kelas belajar piano ataupun biola, karate atau kelas renang, kemudian tugasan menyelesaikan kerja rumah. Selain itu, juga harus menghadiri kelas tambahan pada petang harinya. Dan mungkin juga, kelas bahasa.

Nasib baik atau mungkin, malang sekali, saya tidak perlu melakukan semua itu kerana saya datang daripada keluarga kelas rendah dan sederhana. Kami tidak mampu untuk membiayai kelas-kelas tersebut. Ia juga membawa maksud bahawa saya berada di belakang kanak-kanak lain yang telah berkembang begitu banyak pada usia sepuluh tahun, yang kadang kala berkembang seperti telah belajar Ijazah Sarjana Muda pada usia muda.

Kesempurnaan dan Kegagalan

Saya juga merupakan pelajar yang berada di aras sederhana. Saya mahir dalam banyak subjek di sekolah, lebih-lebih lagi subjek kemanusiaan, tetapi saya sangat lemah di dalam subjek Matematik dan Fizik.

Walaupun saya sedar akan kelemahan dan kelebihan saya pada usia yang muda, saya tidak pernah membiarkan diri saya menjadi mangsa keadaan dan saya sentiasa berusaha melakukan yang terbaik di dalam setiap perkara. Saya cuba untuk yakinkan diri saya untuk percaya bahawa dengan setiap usaha dan keperibadian yang betul, saya juga mampu untuk mencapai apa sahaja kejayaan yang dikecapi oleh orang lain.

Pada tahap tertentu,saya berjaya mencapainya. Namun ianya juga menjadi titik kelemahan dan punca kegelisahan saya.

Kerana saya telah berjaya mencapai banyak perkara, saya akhirnya menjadi seorang yang percaya bahawa diri saya tidak dapat dihentikan. Namun, sebagai manusia biasa,kita pasti akan berdepan dengan kegagalan dan kejatuhan.

Malangnya, kerana bagaimana saya telah berjaya merubah diri saya untuk menjadi seorang yang berjaya selama bertahun-tahun, saya tidak mampu menangani kegagalan dan ia memberi kesan buruk kepada kesihatan mental saya. Saya mahu mengawal keadaan dan ketika saya tidak dapat melakukannya, saya mengalami kegelisahan dan fikiran saya bercelaru sehingga membuat saya berfikir berlebihan dan ragu-ragu.

Ikat Untamu

Baru-baru ini, saya menghadiri seminar mengenai kesihatan mental dan kesejahteraan yang dianjurkan oleh para profesional Muslim di Singapura. Asatizah yang mengemudi acara dan memberi seminar tersebut menjelaskan bagaimana umat Islam dapat mengikut sunnah dan hadis Nabi Muhammad untuk membantu membimbing kita untuk menjadi yang terbaik,justeru membantu kita menjaga kesihatan mental kita.

Salah satu perkara paling mendalam yang dikongsikan yang sangat sesuai dengan diri saya adalah konsep tawakkul (bergantung kepada Allah) dan bagaimana ia berbeza dengan tamanni (pemikiran angan-angan).

Di layar, beliau memasang gambar unta yang diikat pada tiang. Dia kemudian berkongsi hadis yang sederhana tetapi sangat menusuk jiwa. Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi, hadis tersebut menceritakan kisah seorang lelaki Badwi yang meninggalkan untanya tanpa mengikatnya.

Nabi Muhammad ﷺ bertanya kepadanya, “Mengapa kamu tidak mengikat unta kamu?”

Orang Badwi itu menjawab, “Saya bertawakkal kepada Allah.”

Nabi ﷺ kemudian menjawab, “Ikatlah unta mu terlebih dahulu dan kemudian bertawakkal kepada Allah.”

Dengan itu, saya mendapati bahawa cara untuk berdepan dengan kegelisahan saya ini bukanlah dengan berputus asa dalam mengawalnya akan tetapi keseimbangan di antara yakin pada diri dan percaya dengan Allah dan rancanganNya.

Percaya Pada Diri Sendiri & Percaya kepada RancanganNya

Mempercayai Allah adalah tawakkul. Itu adalah teras iman kita. Walaupun atas nama agama kita, ‘Islam’ bermaksud tunduk kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Ianya juga banyak disebut di dalam Al-Quran.

ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْرًا

…Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

[At-Talaq 65:3]

Dalam hadis mengikat unta, Nabi kita yang dikasihi Muhammad ﷺ mengajarkan kita pelajaran yang sangat penting – yang mudah tetapi sering diabaikan.

Terus berusaha dan cuba melakukan pelbagai cara untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang kita hadapi tidak bermakna kita tidak bertawakul. Maksud tawakkul yang sebenar adalah memberi yang terbaik dalam segala yang kita lakukan dan kemudian menyerahkan yang lain kepada Allah. Kami bertawakkal kepadaNya bahawa Dia akan mengurus selebihnya yang bukan di bawah kawalan kita.

Dengan itu, jika sesuatu yang buruk terjadi dan tidak sesuai dengan yang kita kehendaki, kita masih dapat memperoleh ketenangan kerana kita mengetahui bahawa kita telah melakukan yang terbaik. Selebihnya terletak pada qadr (ketetapan).

Kembali kepada soalan yang membuka bahagian ini: untuk melakukan yang terbaik atau mempercayai Allah? Cukup gantikan ‘atau’ dengan ‘dan’.

Buat sehabis baik dan percaya dengan Allah. Ikatlah untamu dan serahkan kepada Allah untuk menentukannya.

Kerana sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui.

Ditulis Oleh: Abdullah Zaidani

Salaam, Kami Dari Tim Kejuruteraan Muslim Pro

Siri ‘Salaam…’ memperkenalkan ahli keluarga Muslim Pro kepada lebih daripada 100 juta penonton kami. Ketahui apa yang kami lakukan, bagaimana kami bekerja dan bagaimana ia berfungsi untuk aplikasi Muslim nombor 1 di dunia!

Apa sebenarnya tugas anda dalam Muslim Pro?

Kami bertanggungjawab untuk mengembangkan infrastruktur cloud, aplikasi mudah alih dan web Muslim Pro. Sebagai satu pasukan, kami secara kolektif memelihara dan berkerja untuk menjadi salah satu pasukan yang sangat berfungsi bagi memenuhi keperluan pelbagai pihak berkepentingan di dalam syarikat.

Apa yang diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan?

Sekiranya anda gemar menyelesaikan masalah, minat kepada bidang pengaturcaraan dan perisian, suka untuk mengatasi cabaran; maka anda digalakkan untuk menyertai Muslim Pro.

Kami terus berkembang dan sentiasa mencari bakat untuk menyertai pasukan dinamik kami.

Kongsikan kepada kami bagaimana pasukan anda berkerja seharian?

Biasanya, kami akan memulakan hari kami dengan perjumpaan harian dimana kami akan membincangkan tentang apa yang telah kami capai di cycle sebelumnya, dan apa yang kami rancang untuk hari itu. Jika diperlukan, kami juga akan membantu satu sama lain di dalam perjumpaan ini. Selepas itu, kami akan melakukan kerja harian kami seperti pengekodan (coding), membincangkan keperluan dengan pelbagai pihak berkepentingan, bekerjasama dengan pereka dll. Kadang kala, kami akan melakukan sumbang saran di antara kami untuk menyelesaikan masalah kompleks yang mungkin timbul.

Perkara terbaik berkerja sebagai jurutera Muslim Pro ialah sumbangan saya yang akan memberi kesan positif di dalam kehidupan untuk jutaan pengguna Muslim di luar sana. Selain itu, adalah menjadi satu kebanggaan buat saya melihat keluarga & rakan-rakan saya menggunakan aplikasi ini sebagai salah satu keperluan harian mereka dari sudut keagamaan.

A M Masudul Haque
Ketua Kejuruteraan Platform

Tiga perkataan untuk menggambarkan pasukan.

Bersemangat, cerdas dan cekap.

Makan Makanan Sihat Seperti Nabi Muhammad ﷺ Di Musim Pandemik Ini

Dengan COVID-19 yang masih memberi impak kepada dunia, banyak dari kita terkurung di rumah sepanjang hari, sibuk menyelesaikan pekerjaan dan tanggungjawab lain. Memikirkan apa yang harus dimakan boleh menjadi satu lagi cabaran harian dan mungkin membuat kita tidak dapat menjaga pemakanan yang sihat dimana terdapat lebih banyak keperluan yang lebih diutamakan, mulai dari emosi hingga kewangan.

Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang adalah penting untuk menjaga kesihatan yang baik secara fizikal dan penting dalam menyokong kesihatan mental juga. Mengetahui cara menambahkan keseimbangan nutrien dalam pengambilan harian kita dapat membantu menjadikan proses ini terasa kurang menakutkan dan berpotensi meningkatkan kesihatan kita dalam jangka masa panjang.

Tabiat makan yang sihat juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad ﷺ yang kita sayangi. Senarai berikut menyediakan 5 makanan kegemarannya bersama faedah kesihatannya yang boleh kita pertimbangkan untuk dimakan dalam kehidupan seharian.

Kurma

Siapa yang tidak kenal apa itu kurma? Ia adalah buah-buahan yang enak yang ditanam dari pokok kurma (Phoenix dactylifera) dan berasal dari kawasan Timur Tengah. Walaupun kurma tinggi gula secara semulajadi, ia juga mengandungi banyak nutrien penting yang mesti dimasukkan ke dalam makanan harian kita. Buah-buahan ini kaya dengan serat, Vitamin B-6 dan mineral seperti zat besi, kalsium, kalium, mangan, dan tembaga. Kajian dari International Journal of Clinical and Experimental Medicine menyatakan bahawa kurma juga menunjukkan peranan dalam pencegahan penyakit melalui aktiviti anti-oksidan, anti-radang dan anti-bakteria.

Bercakap mengenai kurma, Nabi Muhammad ﷺ selalu mempunyai tujuh biji kurma setiap hari dan mengesyorkan agar kita memakannya.

Diriwayatkan dari Sa`d, Rasulullah ﷺ bersabda;

“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” 

[HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]

Madu

Madu telah digunakan dalam perubatan tradisional selama beratus-ratus tahun. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry, madu berkualiti tinggi mengandungi banyak antioksidan penting. Ini termasuk asid organik dan sebatian fenolik seperti flavonoid. Para saintis percaya bahawa gabungan sebatian ini memberikan kekuatan antioksidan kepada madu. Antioksidan dikaitkan dengan pengurangan risiko serangan jantung, strok, beberapa jenis barah dan juga dapat meningkatkan kesihatan mata.

Nabi ﷺ biasa minum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi. Seperti yang dia katakan dalam sebuah hadis,

“Ubat terbahagi tiga: minum madu lebah, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”. 

(Riwayat Bukhari)

Minyak Zaitun

Minyak zaitun adalah minyak semula jadi yang diekstrak dari zaitun, buah dari pokok zaitun. Pakar bersetuju bahawa minyak zaitun mempunyai banyak manfaat kesihatan, terutama minyak zaitun extra virgin yang mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan jantung. Ini menurunkan tekanan darah, melindungi kolesterol LDL “buruk”, zarah dari pengoksidaan dan meningkatkan fungsi saluran darah.Selain daripada itu, ia juga tidak menyebabkan kenaikan berat badan jika anda menggunakannya untuk memasak. Dalam kajian selama 30 bulan di lebih 7,000 pelajar kolej Sepanyol, memakan banyak minyak zaitun tidak berkaitan dengan kenaikan berat badan.

Zaitun juga merupakan salah satu makanan kegemaran Nabi Muhammad. Diriwayatkan dari ‘Umar bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

“Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat”

(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Susu

Penyelidikan baru dari University of South Australia menilai biomarker genetik di antara lebih daripada 400,000 orang. Kajian mendapati bahawa pengambilan susu yang lebih besar dikaitkan dengan kolesterol darah yang lebih rendah, kadar lipid darah yang lebih rendah dan risiko penyakit jantung yang lebih rendah. Selain daripada penyelidikan itu, orang yang mempunyai makanan yang kaya dengan susu dan produk susu dapat mengurangkan risiko jisim tulang rendah sepanjang kitaran hidup kerana kaya dengan kalsium. Makanan dalam kumpulan susu memberikan nutrien penting, termasuk kalsium, kalium, vitamin D dan protein.

Nabi Muhammad ﷺ juga suka mempunyai susu kambing dan unta. Susu bahkan disebut dalam Al-Quran:

“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terhasil dari dalam perutnya, yang lahir daripada antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.”

(Surah al-Nahl : 66)

Barli

Barli adalah bijirin utama dan ia adalah salah satu bijirin pertama yang ditanam, terutama di Eurasia seawal 10,000 tahun yang lalu. Menurut Jurnal Analisis Makanan dan Dadah, kajian epidemiologi menunjukkan bahawa pengambilan barli bijirin secara berkala dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kronik dan memerangi penyakit yang berkaitan dengan pemakanan umum termasuk barah, penyakit kardiovaskular, diabetes dan obesiti. Nabi ﷺ rupanya juga pernah menggunakan barli dalam bentuk roti, doh dan bubur.

“Rasulullah ﷺ datang kepada kami, dan bersamanya adalah Ali bin Abu Talib, yang baru saja sembuh dari penyakit. Kami mempunyai banyak buah kurma yang belum matang, dan Nabi ﷺ sedang makan dari mereka. Ali mengulurkan tangan untuk makan, dan Nabi ﷺ berkata kepada Ali: ‘Berhenti, wahai Ali! Anda baru saja sembuh dari penyakit. ‘Saya membuat beberapa sayur dan barli untuk Nabi ﷺ, dan Nabi ﷺ berkata kepada Ali:’ Wahai Ali, makanlah sebahagian ini, kerana itu lebih baik untukmu. ‘”

[Ibnu Majah 3442 ]

Makanan sihat ini bukan sahaja untuk dimakan semasa wabak ini. Kita dapat menjadikannya sebagai tabiat sihat yang ada dalam kehidupan seharian kita seperti Nabi Muhammad ﷺ dan menuai manfaat kesihatan dan sunnah. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati kita semua dengan kesihatan dan kebahagiaan yang baik.

Ditulis Oleh:Hessy Trishandiani

Memperingati Kisah Hidup Nabi Muhammad Yang Kita Kasihi

Sejauh mana kita mengenali Nabi Muhammad ﷺ? Dia yang diutus ke seluruh umat manusia sebagai utusan terakhir Allah, telah memberi kesan kepada berbilion nyawa sepanjang hidupnya. Dan bahkan hari ini, berabad-abad setelah pemergiannya, namanya masih terpahat utuh dan sentiasa disebut-sebut oleh umat Islam di seluruh dunia.

Kami akan memasuki bulan Rabi al-Awwal tidak lama lagi dan inilah waktu yang tepat untuk mendedikasikan bulan Oktober dan November untuk memperingati kehidupan Nabi yang kita sayangi.

Ketika kita melihat perjalanannya dan warisan yang ditinggalkannya, salah satu hadiah yang paling mengagumkan adalah Al-Quran – firman Allah yang diturunkan melalui Nabi Muhammad ﷺ. Kita mengisi jiwa kita dengan ayat-ayat Quran setiap kali kita membuka mushaf, mendengar ayat Quran melalui telefon kita atau dengan berdhikir.

Selain daripada itu, Nabi ﷺ juga meninggalkan sesuatu yang indah bagi kita. Cara hidup Rasulullah, cara baginda menjaga orang lain, perkara-perkara yang sangat baginda sukai dan banyak lagi.

Oleh itu, untuk tema bulan Perjalanan Nabi kita, kita tidak hanya akan mengungkap pertanyaan mengenai Al-Quran dan hadis, tetapi kita akan melihat kesan yang telah baginda tinggalkan, wanita-wanita Islam yang berusaha dalam jalan itu, dan sunnah Nabi. Kalaulah kita dapat mengambil daun dari bukunya, walaupun sedikit, bayangkan bagaimana ia akan mengubah hidup kita?

Kami berbesar hati dapat menyediakan platform lain untuk rakan-rakan Muslim Pro untuk bersama dengan kami dalam mempelajari lebih lanjut mengenai Nabi Muhammad ﷺ. CONNECT.MUSLIMPRO adalah laman web yang baru sahaja kami lancarkan dan anda akan dapat mencari kandungan terkini dari kami melalui platform ini, yang dikategorikan khas kepada lima kategori: SOULIDENTITYLIFESTYLECONVERSATIONS dan TAHUKAH ANDA.

Berhubung dengan kami dengan memberikan reaksi terbaik anda di akhir setiap artikel atau dengan menghantar isi kandungan terbaik anda – kami ingin mendengar daripada anda! Anda juga boleh menemui kami di FacebookInstagram dan Twitter.

Semoga bulan ini membawa anda rahmat Allah dan kekasihNya, Nabi ﷺ, insyaAllah.

Ditulis Oleh: Nurhuda A. Bakar

Salaam, Kami Dari Tim Pemasaran Muslim Pro!

Siri ‘Salaam…’ memperkenalkan Tim Muslim Pro kepada lebih daripada 100 juta pengguna kami. Ketahui apa yang kami lakukan, dan bagaimana kami berfungsi untuk aplikasi Muslim nombor 1 di dunia!

Apa yang sebenarnya kami lakukan dalam Muslim Pro?

Tim Pemasaran dan PR di Muslim Pro menyusun strategi bagaimana jenama menyampaikan misi dan visi – yang bertujuan untuk memberi inspirasi dan memperkasakan komuniti Muslim global melalui teknologi. Selain itu, kami juga menguruskan pelbagai media sosial dan platform komunikasi lain untuk memastikan dan mengekalkan hubungan berkualiti dengan komuniti Muslim kami, di seluruh dunia. Kami ingin mengenali ANDA, komuniti Muslim kami dengan lebih dekat, dan anda juga harus mengenali kami!

Berapa besar (atau kecil) tim kami?

Kami adalah Tim yang cukup kecil yang dikhususkan untuk pelbagai aspek komunikasi – pemasaran digital, hubungan PR dan media dan banyak lagi. Ukuran tim kami tidak sama sekali menjadi kayu ukur kualiti kerja kami! Bak kata pepatah Melayu “kecil-kecil cili api” dan ini bermaksud seseorang mungkin kecil tetapi kuat; dan itulah kami. Kami mungkin pasukan yang kecil, tetapi kami mempunyai kekuatan kami sendiri 🙂

Apa yang diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada kami?

Kita tidak akan berbohong dan mengatakan bahawa minat dan semangat adalah perkara yang palling kami utamakan. Perlu ada keseimbangan yang baik antara hard skill dan soft skill. Namun, kami tahu apa yang menjadikan kami sama; rasa ingin berkhidmat dan berbakti untuk saudara Islam kita diseluruh dunia. Dan dengan itu, semua yang lain datang secara semula jadi – rasa ingin tahu, kreativiti, rasa pengembaraan. Semuanya bermula dengan niat dan sikap yang betul!

Kami juga semakin berkembang dan sentiasa mencari bakat untuk menyertai pasukan kami.

Apa yang menjadikan kami sama; rasa ingin berkhidmat dan berbakti untuk saudara Islam kita diseluruh dunia

Abdullah Zaidani, 
Marketing & PR Manager

Bahagian pekerjaan yang paling bermanfaat?

Kami sentiasa berinovasi untuk memastikan bahawa komuniti Muslim global mendapat manfaat daripada apa yang kami siarna untuk tatapan/bacaan pengguna kami di seluruh dunia. Jadi, tidak ada satu hari pun yang sama dan itulah yang membuat kami sentiasa teruja. Yang paling utama sekali, apabila kami melihat karya kami menjadi inspirasi dan dihargai oleh umat Islam, inilah yang memberikan kami kepuasan terbaik.

Pilih salah satu: Wira super Marvel atau DC? Dan mengapa?

Saya membesar menonton siri animasi X-Men dengan pengenalan ikonik itu. Selain kekuatan mereka yang lebih menarik (dan mempunyai batasannya tidak seperti * ahem * Superman), naratifnya jauh lebih menyesalkan – mutan (pahlawan super) dalam pertempuran berterusan melawan ketidakadilan dan prasangka masyarakat sambil menyeimbangkan kemanusiaan dan tanggungjawab mereka terhadap manusia – pelaku!

5 Cara Menyeronokkan Untuk Kanak-Kanak Belajar Membaca Quran

Mempelajari Al-Quran boleh menjadi sesuatu yang mendebarkan bagi setiap individu, termasuk ibu bapa. Ini lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang pertama kali didedahkan kepada kitab suci Al-Quran. Bagi kebanyakan orang, itu adalah dalam bahasa asing yang baru mereka mulakan dalam doa harian mereka.

Berikut adalah 5 cara yang menyeronokkan untuk diterokai dan dilaksanakan semasa mengajar Al-Quran untuk anak-anak anda:

Pembelajaran Melalui Lisan dan Pendengaran

Tidak ada gunanya untuk terlalu bertegas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Ianya dapat memadam semangat anak-anak kecik untuk terus belajar. Yang paling teruk, ini berpotensi membawa kepada pembelajaran dengan pengulangan tanpa benar-benar mengembangkan akal dari segi pemahaman dan penghayatan keindahan isi Al-Quran.

Beberapa ayat Al-Quran dibaca berulang kali di dalam Solat Harian kita. Mulakan dengan surah-surah pendek dan mudah untuk dibaca dan diajar. Melalui platform internet dan media sosial, kenal pasti sumber yang boleh dipercayai untuk mendengarkan bacaan yang dapat meningkatkan keyakinan anak-anak anda untuk mengikut apa yang mereka dengar.Aplikasi Muslim Pro adalah platform yang sangat baik untuk bermula kerana mudah dinavigasi. Selain itu, ini adalah peluang terbaik untuk mula menghargai keindahan ayat-ayat Quran.

Main dan Belajar

Anak-anak mengambil pengetahuan dengan mudah jika ianya diajar dalam bentuk permainan. Terdapat pelbagai cara untuk melaksanakan dan membentuk strategi berkesan (dan menyeronokkan!) Ini untuk dinikmati oleh kedua-dua anak (dan ibu bapa)!

Salah satu contohnya adalah tugas mencari atau mengenal pasti ayat-ayat tertentu diikuti dengan mendapatkan terjemahan yang boleh dipercayai melalui buku-buku mengenai tafsiran al-Quran atau sumber dalam talian. Pendekatan lain adalah mengenal pasti surah atau ayat tertentu yang mereka ketahui atau suka, kemudian membacanya secara lengkap. Kata-kata semangat dan pujian tentu akan membantu meningkatkan kepercayaan diri, untuk berusaha tanpa berputus asa, walaupun anak-anak anda melakukan kesalahan yang harus mereka lakukan.

Tick! Tick! Timer

Ambil timer atau gunakan telefon pintar anda. Maksimumkan masa dengan menambahkan elemen persaingan jika terdapat lebih dari 2 anak di rumah anda. Pada masa yang sama, ini dapat menjadi cara untuk mendorong pembelajaran yang dipercepat dari kaedah yang disebutkan di atas untuk setiap anak. Dengan berusaha mengalahkan peribadinya dengan sebaik-baiknya dari pengalaman pembelajaran sebelumnya, ia memperkenalkan unsur kegembiraan yang lebih tinggi!

Cerita Kisah di Dalam Al-Quran Sebelum Tidur

Kisah pengembaraan, ketakwaan, menuntut ilmu dan juga tekad banka di ceritakan di dalam Al-Quran. Kisah para nabi dapat menambah dan meningkatkan pembelajaran Al-Quran. Dapatkan buku atau sumber dalam talian kanak-kanak seperti itu untuk meningkatkan lagi imaginasi anak-anak anda dan mengembangkan pemahaman mereka tentang Al-Quran secara keseluruhan. Ini serupa dengan menyelesaikan permainan susun suai gambar. Dalam kes ini, ia selalu berlaku berdasarkan kepingan teka-teki yang berbeza yang dikumpulkan sepanjang pembelajaran.

Selain itu, teroka masjid atau muzium tempatan di bandar anda untuk meneroka pameran mengenai sejarah dan tradisi Islam. Terlalu jauh dari kediaman anda? Tidak menjadi masalah. Terokai lawatan maya tanpa perlu meninggalkan tempat duduk anda. Ini akan mengaktifkan deria anak-anak anda. Ini adalah peluang terbaik untuk membantu anak-anak anda memvisualisasikan kisah-kisah tertentu atau pengetahuan yang mereka kumpulkan selama ini; sama ada melalui seni bina ruang Islam atau maklumat budaya masyarakat Islam di seluruh dunia.

Tiada Kemenangan Terlalu Kecil

Teruskan motivasi kepada anak-anak anda untuk terus meneroka dan belajar mengenai Al-Quran. Jangan sesekali memperlekehkan sebarang pertanyaan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak anda. Raikan pencapaian mereka sepanjang jalan, sama ada bacaan surah tertentu, atau memahami insiden sejarah yang melibatkan para nabi. Kata-kata semangat yang konsisten membantu membina keyakinan pada anak-anak anda.

Ditulis oleh: Helmy Sa’at

Diterjemah oleh: Jasmine

Daripada Rasulullah ﷺ: Keindahan Taubat

Sekiranya kita benar-benar mengetahui kebaikan bertaubat, kita tidak akan berhenti mempraktikkannya. Ia adalah salah satu perbuatan yang paling disukai Allah. Sesungguhnya, Allah tidak meminta kesempurnaan daripada kita. Dia lebih tahu daripada kita bahawa kita bukan malaikat dan kadang-kala melakukan kesilapan. Sudah tentu kita harus berusaha untuk tidak menyerah pada godaan dan membersihkan hati kita dari kecenderungan berbuat jahat.

Tetapi di sebalik usaha dan perjalanan rohani kita, kita akan terjatuh dari semasa ke semasa. Allah, Maha Tinggi, Maha Mengetahui dan tidak pernah memaksakan perkara yang mustahil terhadap kita. Dia meminta kita untuk kembali kepada-Nya apabila kita jatuh dań tiada tempat untuk bergantung harap.

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Nisa’: 110)

Allah Maha Pengampun, Dia suka memaafkan, dan dosa boleh menjadi rahmat jika ianya membawa kepada taubat yang tulus dan ikhlas. Rasulullah ﷺ, menyatakan kasih sayang Yang Maha Esa kepada orang yang bertaubat dengan bersungguh-sunngguh:

“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah pada siang hari dan membentangkan tangan-Nya pada siang hari menerima taubat orang yang bersalah pada malam hari, hingga matahari terbit dari barat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Oleh itu, adalah penting untuk bertaubat setiap kali kita melakukan dosa, tanpa putus asa dari Rahmat Ilahi.

Dan mereka itu (golongan bertakwa) apabila melakukan perbuatan keji atau telah menzalimi diri mereka sendiri, mereka terus mengingati Allah dan beristighfar terhadap dosa-dosa mereka. Dan siapakah yang dapat mengampunkan dosa selain Allah. Serta mereka itu tidak berterusan dalam melakukan apa yang telah mereka kerjakan dalam keadaan mereka mengetahuinya.

Surah Aali Imraan (135)

Mungkin pada saat bertaubat, musuh kita, Shaytan, akan datang dengan alasan untuk menghalang kita untuk meminta keampunan Allah. Kita akan melakukan apa yang paling dia benci.

Kita akan melakukan apa yang paling dia benci, dan pelbagai idea yang salah terlintas di fikiran, seperti:

“Tidak ada gunanya, kamu sudah bertaubat dari dosa ini dan kamu telah melakukannya lagi!”

“Anda tahu anda akan melakukannya lagi, jangan menjadi munafik!”

Idea-idea ini harus ditolak, mereka hanya menyembunyikan apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh Shaytan kepada kita: “Tetaplah jahat dengan saya! Tetaplah menghalangi saya dan jangan kembali kepada Pencipta anda! “

Di antara rukun taubat, ialah mempunyai niat untuk tidak melakukannya lagi, yang tidak bermaksud kepastian untuk berjaya. Ini adalah niat ikhlas yang diperlukan. Sekalipun kita jatuh ke dalam dosa yang sama di kemudian hari, kita harus bertaubat dengan tulus sekali lagi. Dengan cara ini, sedikit demi sedikit, kita membersihkan hati kita dari penyakit yang menyebabkan kita melakukan kesalahan ini dan akhirnya tidak akan mengulanginya lagi in shaa Allah.

________________________________________________________________________________________

Vincent Souleymane

Vincent Souleymane, seorang imam Perancis dan penasihat syariah di Muslim Pro, telah mendedikasikan dirinya untuk belajar dan memperkaya orang lain dengan pengetahuan sains Islam sejak dia masuk agama pada tahun 1999.

Semasa belajar di Institut Oussoul Eddine di Saint-Denis, dia menyedari betapa pentingnya berbakti kepada Allah dan memutuskan untuk melanjutkan pelajaran keagamaannya di daroul ouloum achrafiya di Pulau La Réunion dan di IESH Château Chinon.

Sejak itu, Vincent Souleymane mengabdikan diri kepada Yang Mahakuasa dengan mengajar Islam di Institut Oussoul Eddine, serta menjadi imam di Masjid Fontenay sous Bois.

Salaam, Kami Adalah Tim Komuniti Muslim Pro!

Siri ‘Salaam…’ akan memperkenalkan Tim Muslim Pro kepada lebih daripada 100 juta penonton kami. Ketahui apa yang kami lakukan dan bagaimana setiap daripada kami berfungsi untuk aplikasi Muslim nombor 1 di dunia!

Apa yang sebenarnya kami lakukan dalam Muslim Pro?

Keutamaan kami adalah anda! Kami terus berkembang secara mendalam dan luas untuk merapatkan jurang antara teknologi dan kepercayaan untuk masyarakat Muslim global dan seterusnya. Pasukan ini bekerja secara kolaboratif dan sinergis dengan pasukan lain, seperti kejuruteraan produk, di ibu pejabat kami di Singapura dan bahkan hampir melintasi sempadan dengan pejabat satelit kami di Kuala Lumpur, Malaysia, dan Jakarta, Indonesia.Semuanya ditujukan untuk membawa kandungan terbaik selain menghubungkan ummah melalui aplikasi mudah alih terkemuka untuk umat Islam di seluruh dunia.

Seberapa besarkah tim kami?

Nombor bukan gambaran skill yang tepat, bukan?Tim Komuniti kami yang pelbagai dan terhubung erat dengan irama keseharian umat Muslim global. Meliputi penulis, penterjemah, pakar pasaran dan banyak lagi, kami adalah kumpulan yang dinamik dengan idea besar, berani dan kreatif untuk dipadankan.

Apa yang diperlukan untuk menjadi sebagian dari tim?

Passion. Passion. Passion! Apakah Anda seorang generalist atau spesialistpassion adalah unsur utama yang diperlukan dalam hal menghasilkan konten yang berkualiti dan menarik untuk dibaca oleh jutaan orang. Semangat dan minat juga yang mendorong kami untuk mencari cara terbaik untuk menyajikan konten di pelbagai platform yang tersedia untuk Muslim.

Kami juga semakin berkembang dan selalu mencari bakat baru untuk berkerjasama dengan tim kami ini.

Perkara terbaik dalam bekerja?

Ketika kami mampu melampaui segala keterbatasan untuk memberikan kemudahan menjalankan gaya hidup Islami bagi jutaan pengguna kami di seluruh dunia.Ini merangkumi pelaksanaan ritual keagamaan setiap hari dan menghubungkan lebih dekat dengan ummah pada umumnya,menghubungkan umat Muslim di satu negara dengan umat di negara di belahan dunia lainnya. Hal lain yang lebih penting lagi adalah kami bersyukur dapat menjadi wadah bagi anda dalam mendekatkan diri dengan Allah (SWT) di mana pun Anda berada. #dailyjihad

Suatu hal yang paling berharga dari bekerja di Muslim Pro adalah saya dapat memudahkan komuniti dalam beribadah melalui konten-konten dalam aplikasi Muslim Pro. Saya juga data belajar lebih mendalam tentang Islam sambil membuat konten. Selain itu, Muslim Pro terdiri dari pelbagai kewarganegaraan dan latar belakang budaya berbeza yang mencerminkan keragaman Islam saat ini. Saya percaya bahwa hormat menghormati terhadap keragaman akan menyatukan semua perbezaan individu dalam ikatan yang kuat dan saya menemukannya di sini, di Muslim Pro.

Hessy Trishandiani
Content Curator

Apakah barang keperluan di meja kerja anda?

Macbook merupakan keperluan utama kami yang selalu kami gunakan bila-bila masa dan dimana sahaja.Kopi dan secangkir coklat panas untuk menyeimbangkan kadar gula saat kami memerlukannya.

Refleksi Perjalanan: Memulakan Permulaan Baru

Pernahkah anda merasa santa bersyukur dengan apa yang telah anda miliki sekarang? Bersyukur dengan segala rintangan yang telah anda lalui di dalam hidup ini. Dan kini anda telah bersedia untuk memulakan sebuah perjalanan yang baru.

Baru-baru ini saya dan rakan-rakan saya diberi kesempatan untuk bercuti dan kami memilih untuk bergerak menggunakan kereta sendiri dan melawat beberapa daerah di Jawa,Indonesia. Kami menggunakan jalan darat kerana ianya adalah lebih selamat dan dapat mengelak daripada bertemu dengan ramai orang. Kami memilih untuk singgah di beberapa daerah di sepanjang perjalanan dan ia merupakan satu pengalaman yang sangat berharga kerana kami dapat menjadikan pelbagai memori di setiap persinggahan.

Saya dapat merasakan yang semua orang pasti tidak sabar menunggu agar COVID-19 berakhir dengan cepat. Dengan larangan aktiviti awam yang semakin longgar di Indonesia, beberapa pelancong juga berhati-hati keluar untuk mencari udara segar. Kami berjumpa dengan mereka sepanjang perjalanan. Syukurlah, banyak tempat masih menerapkan langkah keselamatan dan protokol kesihatan yang ketat.

Memulakan Perjalanan

Pagi itu, kami bertolak ke tempat persinggahan kami yang pertama di Jawa Barat, sebuah kota yang bernama Bandung. Ia adalah pagi yang indah ketika saya memandu kereta di sepanjang jalan tol. Melihat jalan kosong dengan pemandangan yang indah di kejauhan, rasanya sangat menenangkan. Jalan yang bersinar, langit biru dan hijau yang subur adalah gabungan yang sempurna. Ini adalah jalan keluar yang sangat diperlukan ke pangkuan alam untuk mengisi paru-paru kita dengan udara segar. Saya berasa sangat diberkati.

Saya memandu selama beberapa jam dari satu bandar ke bandar lain. Cuaca berubah dari pagi yang cerah dan cerah hingga hujan lebat pada waktu petang. Cukup sukar untuk memandu pada waktu malam dalam cuaca berkabus. Kabus tebal turun di jalan yang panjang dan berliku; beberapa kawasan sangat gelap sehingga satu-satunya perkara yang boleh kami bergantung adalah lampu kereta kami. Saya membaca Bismillah untuk meminta perlindungan Allah.

Tiada perkara seperti perjalanan yang sangat lancar. Kadang kala peta Google juga akan membawa kita ke satu tempat yang membuat kita sesat di dalam perjalanan. Dengan bantuan cahaya yang sedikit, kami harus memandu dengan lebih berhati-hati ketika melalui perjalanan yang berbukit dan berliku. Kami mengambil masa hampir sejam untuk kami menemui orang tempatan dan Alhamdulillah, kami bertemu dengan orang yang sanggup membantu kami dan memberi arah jalan yang betul.

Selain daripada sesat di dalam perjalanan, kami juga mendapati bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan brek kereta kami. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk singgah di daerah kecil yang berama Banyuwangi dan tingad semalaman untuk rehat dan memeriksa keadaan kereta. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja dan kami akhirnya sampai di destinasi kami.

Perjalanan kami menuju destinasi tidak ubah seperti perjalanan kita di dalam kehidupan. Ianya tidak akan sentiasa lancar dan kita pasti akan menghadapi pelbagai ujian dan cubaan yang akhirnya akan menguatkan kita menghadapai kehidupan yang mencabar ini. Tetapi seperti perjalanan, akan ada saat-saat yang menyenangkan. Bagi saya dan rakan-rakan, ianya datang dalam bentuk orang asing yang memberi kami petunjuk ketika kami tersesat dan penduduk tempatan yang bercerita tentang bandar dan bahkan memberi kami cadangan untuk tempat tarikan pelancong.

Begitulah kehidupan, kan? Dalam hidup ini kita akan bertemu dengan pelbagai orang baru dan ada di antara mereka yang akan memberi nasihat dan pengajaran yang sanat bernilai. Setiap perjalanan kehidupan akan sentiasa bermula dengan sesuatu yang baru dan ianya diiringi dengan ujian, detik-detik kegembiraan dan banyak lagi. Beberapa cabaran akan menguji keberanian, kekuatan, kelemahan dan bahkan iman kita, tetapi akhirnya akan membawa kita ke destinasi kita. Tujuan kita dalam hidup.

Mari luangkan sedikit masa untuk mengucapkan Bismillah ke setiap permulaan yang baru dan semoga Allah memberkati kita sentiasa, Insya Allah.

PS: Semasa pengembaraan kami ini, kami semda telahpun lengkap divaksinasi dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial. Kami juga Memakai pelitup muka disemua tempat yang kami lawati, walaupun di dalam kereta. Mematuhi SOP adalah tanggungjawab kita dan merupakan cara terbaik untuk kita melindungi setiap orang yang kami temui.

Penulis: Hessy Trishandiani.

5 Cara Untuk Mengisi Masa Anda Dengan Lebih Bermakna Sewaktu Pandemik

Menguruskan masa dan hubungan bukanlah sesuatu yang mudah. Hubungan dengan diri sendiri, rakan, keluarga dan yang paling utama sekali hubungan kita dengan Allah SWT.

Ianya amat mencabar terutama sekali dengan situasi yang kita hadapi ketika ini, musim pandemik yang tidak berpenghujung yang mana ramai merasa tertekan dengan pelbagai perkara. Lebih-lebih lagi peralihan pola kerja yang memberi impak kepada ramai orang di seluruh dunia dan juga perkara-perkara yang perlu kita lakukan sekiranya hendak keluar daripada rumah. 

Dengan duduk di rumah ramai yang merasakan ianya mudah untuk kita menyemai hubungan-hubungan ini. Namun, ianya tidak semudah yang disangka. Sekiranya kita tidak berhati-hati memupuk amalan gaya hidup sihat, kita dengan mudahnya akan terbiasa melakukan banyak perkara yang sia-sia yang boleh membawa kepada kerosakan kepada pelbagai hubungan penting yang sepatutnya kita jaga. 

Pertimbangkan panduan berikut untuk membantu mencapai pertumbuhan peribadi yang lebih seimbang dan bermakna:

Al-Quran: Kunci Kepada Keluarga Yang Sempurna

Selain daripada solat berjemaah, membaca Al-quran bersama keluarga juga akan dapat menyatu padukan sebuah keluarga. Selain daripada menjadikannya aktiviti harian keluarga, aktiviti ini juga boleh menjadi salah satu cara untuk menjadikan komunikasi di antara satu sama lain itu dengan lebih baik dan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, selain mendekatkan diri kepada Allah.

وَٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًٔا ۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًا وَبِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْجَارِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْجَارِ ٱلْجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلْجَنۢبِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُكُمْ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

(Surah An-Nisa:36)

Menggunakan kandungan Al-Quran dan merancang aktiviti keagamaan secara teratur adalah cara untuk mengikuti amalan tersebut. Dengan menggunakan aplikasi Muslim Pro, dengan pilihan individu dan kumpulan untuk dipilih, ibu bapa dapat merancang perjalanan Khatam anak-anak mereka sambil mengesan kemajuan mereka dengan mudah, misalnya.

Di sebalik Amalan Dalam Islam

Rebutlah peluang ini untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Islam, bukan sekadar menonton rancangan realiti dalam talian. Bermula dari fakta sejarah hingga keagamaan, pelajari fakta baru melalui siri kad ‘Tahukah Anda‘ di aplikasi Muslim Pro setiap hari.

Sebagai permulaan, sebilangan kecil maklumat seperti itu berpotensi menimbulkan persoalan yang lebih mendalam mengenai Islam. Ia bertindak sebagai batu loncatan untuk mencari sumber lain – dalam talian atau luar talian.

Melawat Secara Virtual

Luaskan minda dengan melawat tempat lain di seluruh dunia walaupun hanya di alam maya.Bagi mereka yang tidak sabar untuk melancong ke seluruh dunia, tidak mengapa, anda boleh merancang dahulu jadual perjalanan anda apabila dunia mulai pulih dari pandemia ini nanti.

Dalam masa yang sama, anda juga boleh melawat Mekah dengan melayari strim  Siaran Langsung Mekah dan menziarahi beberapa tempat suci dalam Islam dan mempelajari aktiviti keagaaman apabila anda berpeluang untuk kesana nanti. Tenangkan diri anda dan nikmati pemandangan udara yang berbeza tanpa meninggalkan sofa anda atau semasa rehat dari jadual kerja anda.

Memupuk Semangat

Dengan berjuta-juta video dan sumber dalam talian yang tersedia dalam talian secara percuma, tidak ada alasan untuk tidak melihat kembali minat masa lalu atau memuaskan rasa ingin tahu dalam pengekodan, bahasa atau bahkan falsafah.

ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

Al-Alaq (96:1)

Seperti yang dicontohkan melalui ayat Al-Quran di atas, adalah menjadi kewajiban kita, sebagai sebahagian dari ummah, untuk melaksanakan salah satusuruhan agama.

Berhubung dengan Ummah

Bina hubungan dengan Umat Islam yang lain melalui perkongsian. Berhubung dengan komuniti online yang berfungsi sebagai salah satu platform untuk penyatuan ummah.

Pelbagai platform media sosial memberikan peluang seperti itu untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan terdekat yang berpotensi memberi penyelesaian kepada masalah sosial tertentu yang berlaku di seluruh dunia.

Penulis: Helmy Bin Sa’at.