Anak-Anak Zaman Teknologi vs Pakcik Tidak Celik Teknologi

Rasulullah ﷺ bersabda:

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga.”

[Sunan Ibn Majah, no. 225]

Terdapat perbezaan bagaimana cara generasi berinteraksi dengan teknologi, terutamanya apabila mempraktikkan cara Islam. Ada sesetengah yang mengalu-alukanya, manakala yang lain enggan. Bermulanya era digital telah menyebabkan golongan yang berusia menyelar anak – anak mereka tentang masa yang dibazirkan oleh cucu – cucu mereka dihadapan skrin — tanpa menyedari kesan negatif dan positif hasil dari penggunaan visual ini kepada diri mereka sendiri.

Tujuan utama teknologi adalah untuk menjadikan hidup kita lebih mudah dan selesa. Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa Glass Generation merupakan cerminan gaya hidup pada masa kini apabila mereka mampu menggunaan pelbagai jenis teknologi. 

Generasi 

  1. Boomers (1946 – 1964) & Gen X (1965 – 1980) 

Ini adalah generasi pakcik dan makcik kita yang tidak celik teknologi. Enggan berubah. Mereka menaikkan kening apabila kanak-kanak meminta Alexa memainkan sajak mereka. Mereka menimbun buku yang mempunyai dua lapisan habuk, dan mungkin berlebihan dari segi maklumat terkini tentang sains dan teknologi. Walau bagaimanapun, rak buku itu juga mempunyai al-Quran lama yang mereka baca setiap hari, dan juga tempat paling bersih!

2.Milenium (1981 – 1996) & Gen Z (1997 – 2012) 

Generasi ini adalah generasi yang menerima kemajuan teknologi dengan rela hati dan memberi reaksi secara positif terhadap kemajuan sains dan apa yang ditawarkannya. Ini termasuk dari segi perubatan, mekanikal, bioteknologi, infoteknologi, komunikasi, elektronik dan pelbagai teknologi lain. Beralih daripada menonton iklan di dalam  rancangan televisyen kepada menjadi pengguna tegar platform penstriman tanpa iklan. Generasi ini mengalami kecanggihan media sosial dan mendapati diri mereka berhadapan dengan perubahan gaya hidup dan tingkah laku utama. Atas sebab tertentu, sentiasa tergesa-gesa.

Gen Alpha (2012 – sekarang)

Digelar sebagai Glass Generation. Kanak-kanak ini adalah kemuncak kepada semua pendahulu kami. Dilahirkan dalam persekitaran digital. Mahir. Mampu secara teknikal. Berkemahiran. Ilmu pengetahuan yang tersedia di hujung jari mereka membolehkan mereka mempelajari dan meneroka perkara penting pada abad ke-21 seperti pengaturcaraan, pengekodan dan robotik. Kesedaran tentang isu semasa dan global melalui kandungan yang sesuai untuk kanak-kanak yang terdapat di internet. Walau bagaimanapun, amalan mereka yang terlalu bergantung kepada teknologi amat membimbangkan. Lebih menumpukan pada skrin, anti sosial, gangguan fizikal yang boleh menyebabkan masalah rabun, kelesuan, dan kesan mental yang tidak dapat dinafikan. Sebahagian besarnya, adalah kesan daripada media sosial terhadap personaliti mereka mungkin akan mempengaruhi cara mereka mengamalkan Islam.

Mempraktikkan Teknologi

Setiap teknologi yang telah diperkenalkan, setiap inovasi yang telah dicipta mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Untuk kanak-kanak, pilihan tetapan untuk ibu bapa dan kawalan masa skrin ialah langkah yang boleh membantu. Hubungkan semula generasi supaya mereka belajar dan menghargai apa yang dilakukan oleh orang tua kita. Cara Islam yang membawa budaya kita ke hadapan tidak akan terdapat di mana-mana pada mana-mana peranti.

Untuk warga milenium seperti kita, mundur selangkah dan tarik nafas perlahan. Letakkan seketika peranti – peranti anda dan peluklah keluarga anda. Mulakan perbualan. Mendengar dan berkongsi. Kenangan dan pembelajaran akan kekal selamanya. 

Rasulullah ﷺ bersabda:

مَا نَحَلَ وَالِدٌ وَلَدًا مِنْ نَحْلٍ أَفْضَلَ مِنْ أَدَبٍ حَسَنٍ

“Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya daripada pendidikan akhlak mulia”

[Jami` at-Tarmizi 1952]

Bagi orang dewasa yang tidak menggunakan teknologi, perkenalkan mereka kepada khutbah dalam talian dan sesi zum untuk program wacana Islam. Biarkan mereka menyesuaikan diri dengan e-books, berhubung semula dengan rakan melalui platform media sosial, memuat turun aplikasi Muslim-friendly apps  yang membantu mereka meneroka kandungan sejarah dan kandungan tentang Islam. Jejaki waktu solat peribadi dan melakukan rutin untuk Khatam Al-Quran anda, dapatkan tetapan dari aplikasi, sambil mempraktikkannya di dunia nyata!

Menuntut ilmu memerlukan kesabaran. Mengaji dan menghafaz al-Quran bersama-sama. Solat bersama-sama. Berkongsi cerita dan mengasah minda mereka dengan nikmat masa lalu dan masa kini yang Allah kurniakan kepada kita.

Walaupun bilangan peranti digital semakin banyak di rumah anda, kurangkan jarak hati dan biarkan generasi bergaul untuk belajar antara satu sama lain.

Ditulis oleh Farida Haji

Ibu, Adakah Kita Menuju Ke Syurga?

“Mengembara — ia membuatkan anda teruja dan kehilangan kata, kemudian menjadikan anda seorang pencerita.” – Ibnu Batutah

Penerbangan selama lima jam dari Dubai ke Dar-es-Salaam menjadi pengalaman yang indah buat anak saya yang berumur 6 tahun. Pengembaraan ini adalah salah satu cara untuk mempelajari tentang alam ciptaan Allah. Apabila seseorang penggembara melakukan penggembaraan dengan bertujuan, ia akan mengubah kehidupan.

Semasa dalam perjalanan

Senarai semak telah diberikan kepada saya semasa membuat persiapan untuk perjalanan kami. Berus gigi, sikat rambut, celak mata, gunting, cermin poket — dan gula-gula, anak perempuan saya berkeinginan untuk menghadiahkan kepada sepupunya. Dia memeluk datuk dan neneknya, mencium tangan mereka, memohon doa dari mereka, dan mengucapkan selamat tinggal.

“Sampaikan salam kami kepada mereka semua. Jangan lupa untuk bersedekah semasa dalam perjalanan ke sana. Jumpa lagi, Insya Allah” kata nenek, suaranya beransur hilang apabila teksi mula bergerak pergi.   

Di dalam kapal terbang, kami mengikuti peta perjalanan yang dipaparkan di layar yang disediakan dihadapan kami. Apabila kami menjenguk ke tingkap, betapa indahnya langit membiru ciptaan Allah. Terasa seperti adiwira apabila kapal terbang membelah langit dan awan.

Lailat al Miraj

“Tahukah kamu Rasulullah ﷺ mengembara melalui udara bertahun-tahun yang lalu?” Saya kata.“Tetapi tidak ada kapal terbang pada masa itu,” jawabnya.

“Betul tu. Mari ibu ceritakan mengenai perjalanan Rasulullah pada masa itu. Pada malam ke 27 di bulan Rejab, Allah menghantar Al-Buraq, seekor burung yang besar bersama malaikat Jibril. Baginda bermusafir dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda terbang tinggi, ke langit ketujuh.

Baginda bertemu dengan Nabi Adam, Isa, Yahya, Yusuf, Idris, Harun, Musa, dan Ibrahim. Baginda naik ke Baitul Ma’mur, rumah Allah di Jannah; Di penghujungnya, terdapat sebatang pokok, Sidrat Al-Muntaha, di mana tiada sesiapa pun kecuali Rasullah ﷺ dibenarkan. Allah memerintahkan Rasulullah ﷺ agar umatnya melaksanakan solat 50 kali setiap hari. Tetapi Rasulullah ﷺ mengurangkannya menjadi lima — Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.”

Lalu anak saya bertanya “Wah, jadi banyak perkara yang berlaku dalam satu malam?” 

“Benar,” kata saya, “malam itu dinamakan Lailat al Miraj. Semua ini berlaku dalam beberapa minit. Namun, jarak antara Mekah dan Baitulmaqdis adalah 1239.42 km. Lebih kurang dua jam penerbangan!”

“Dalam satu malam, Rasulullah ﷺ mengembara dan diberi ilmu yang tidak terhingga,” kataku. Saya membuka tab Al-Quran dalam aplikasi Muslim Pro saya, dan membaca ayat-ayat Surah Al-Isra. (masukkan imej daripada App).

“Ceritalah lagi! Ceritalah!” Dia menggeliat di tempat duduknya. “Baiklah,” saya berkata. Berzikir kepada Allah adalah sebahagian daripada perjalanan juga, saya berfikir sendiri dan meneruskan.

Nabi Musa membelah Laut Merah

Nabi Musa berjalan pulang ke kampung halamannya yang terletak di Mesir. Semasa dalam perjalanan, baginda melihat satu cahaya yang sangat terang, lalu baginda berjalan menuju ke cahaya tersebut. Baginda terjumpa sebuah pokok yang terbakar tetapi ianya tidak menjadi abu. Ia menjadi satu cahaya yang sangat terang. Allah berfirman kepada Musa dan memerintahkannya untuk mengajak saudaranya untuk beriman. Fira’aun yang kejam,saudara Musa tidak bersetuju,lalu Musa memulakan perjalanannya bersama pengikutnya dengan bimbingan Allah. Baginda berjalan menuju Laut Merah, ia merupakan jalan buntu yang mana dihadapannya merupakan lautan manakala di belakangnya pula tentera Fir’aun yang mengejar mereka. Allah memerintahkan Nabi Musa untuk menghentak laut dengan menggunakan tongkatnya,lalu lautan itu terbelah menjadi dua. Musa mengetuai pengikutnya untuk berjalan melintasi lautan yang terbelah dengan selamat.

“Adakah cerita ini benar?” dia bertanya. Saya memeluknya dan menganggukkan kepala saya. Ia serasa seperti tidak realistik. Akan tetapi inilah yang terjadi bila kita mengembara. Kita akan belajar akan tentang banyak perkara yang tidak kita sangkakan.Kita hendaklah keluar mencari ilmu dan pelajaran diluar sana dan kita pasti akan menemukan kebesaran Allah disekeliling kita.

Ibn Battuta, Si Pengembara

Saya berkongsi tentang Ibn Batutta, seorang pengembara Maghribi dari awal 1300-an. Beliau meninggalkan rumah dan keluarga pada usia 21 tahun untuk menunaikan haji. Beliau mengambil masa 18 bulan untuk sampai ke Mekah. Dia sangat terinspirasi dengan pengalamannya itu, lalu dia meneruskan perjalanan selama 30 tahun berikutnya untuk mengembara, melalui dunia Islam, hampir 40 negara jika kita menjejaki perjalanannya dalam peta moden. Selepas menempuh 75000 batu, dia akhirnya pulang ke rumah.

Hajj

“Bolehkah anda memberitahu saya perjalanan paling penting yang perlu kita lakukan?” matanya semakin kuyu.

“Perjalanan yang paling penting dalam hidup seorang Muslim adalah haji. Perjalanan ke rumah Allah. Perjalanan yang perlu kita sediakan lebih awal.” Matanya membulat dan bersinar-sinar. “Semoga Allah kurniakan rezeki yang cukup untuk menunaikan haji sekali seumur hidup saya,” bisik saya sendiri dan kemudian saya juga sandarkan kepala ke tempat duduk. 

Rasulullah (ﷺ) bersabda,

‏من سلك طريقًا يبتغي فيه علمًا سهل الله له طريقًا إلى الجنة، وإن الملائكة لتضع أجنحتها لطالب العلم رضا بما صنع، وإن العالم ليستغفر له من في السماوات والأرض حتى الحيتان في الماء، وفضل العالم على العابد كفضل القمر على سائر الكواكب، وإن العلماء ورثة الأنبياء وإن الأنبياء لم يورثوا دينارًا ولا درهما وإنما ورثوا العلم‏.‏ فمن أخذه أخذ بحظ وافر‏‏

“He who follows a path in quest of knowledge, Allah will make the path of Jannah easy to him. The angels lower their wings over the seeker of knowledge, being pleased with what he does. The inhabitants of the heavens and the earth and even the fish in the depth of the oceans seek forgiveness for him. The superiority of the learned man over the devout worshipper is like that of the full moon to the rest of the stars (i.e., in brightness). The learned are the heirs of the Prophets who bequeath neither dinar nor dirham but only that of knowledge; and he who acquires it, has in fact acquired an abundant portion.”

“Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya di antara jalan menuju surga. Sesungguhnya malaikat meletakkan sayapnya sebagai tanda redha pada penuntut ilmu. Sesungguhnya orang yang berilmu dimintai ampun oleh setiap penduduk langit dan bumi, sampai pun ikan yang berada dalam air. Sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu dibanding ahli ibadah adalah seperti perbandingan bulan di malam badar dari bintang-bintang lainnya. Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sesungguhnya Nabi tidaklah mewariskan dinar dan tidak pula dirham. Barang siapa yang mewariskan ilmu, maka sungguh ia telah mendapatkan keberuntungan yang besar.” 

 [Riyad as-Salihin 1388]

Syurga

Saya merasakan ada sentuhan pada siku saya. Saya bangun dan melihat pesawat sedang perlahan – lahan turun. Di bawah kami, terdapat taman-taman yang subur, lautan yang luas di boleh dilihat dari kejauhan, dan terpancar matahari yang indah bersinar.

“Ibu, adakah kita dalam perjalanan ke Syurga?” Dengan terujanya dia bertanya.

“Belum lagi, sayangku, tetapi suatu hari nanti kita akan ke Syurga. Bagaimanapun, seperti mana kita bersedia untuk perjalanan ini, kita juga perlu melakukan persediaan untuk ke Syurga. 

“Adakah kita akan pergi bersama – sama?” Dia bertanya.

Saya tersenyum dan berkata.”Berdoa kepada Allah, seperti mana kita berada disini bersama – sama, kita akan bertemu di sana. InsyaAllah.”

Kita semua adalah pengembara dalam persinggahan. Tidak pasti bila kita boleh berlepas. Namun destinasi kita adalah sama. Dari Dunia ke Akhirat.

Keturunan Quraisy: Nabi Muhammad ﷺ dan Keluarga Beliau

Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى مِنْ وَلَدِ إِبْرَاهِيمَ إِسْمَاعِيلَ وَاصْطَفَى مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ بَنِي كِنَانَةَ وَاصْطَفَى مِنْ بَنِي كِنَانَةَ قُرَيْشًا وَاصْطَفَى مِنْ قُرَيْشٍ بَنِي هَاشِمٍ وَاصْطَفَانِي مِنْ بَنِي هَاشِمٍ

Sesungguhnya ALLAH memuliakan Kinanah daripada anak Ismail, Dia memuliakan bangsa Quraisy daripada keturunan Kinanah, Dia memuliakan bani Hashim daripada bangsa Quraisy, kemudian Dia memuliakanku daripada bani Hashim

[Jami At-Tarmizi, no. 3605]

Nabi Adam – Nabi Muhammad ﷺ

Melalui tradisi Islam, susur galur keturunan Rasulullah dapat dijejaki sehingga ke Nabi Adam dan Nabi Ibrahim.

Nabi Muhammad ﷺ adalah satu – satunya anak lelaki pertama Abdullah bin Al Muthalib dan Amina binti Wahab. Ayah Baginda meninggal dunia sebelum Baginda dilahirkan, dan ibunya meninggal ketika dia berumur 6 tahun. Datuknya Abdul Muthalib menjaganya. Selepas kematian datuknya, Abu Talib (saudara lelaki, Abdullah bin Abdul Muthalib) telah menjaganya.

Datuk moyang Rasulullah ﷺ iaitu Abdul Manaf berasal dari keturunan Fihr Ibn Malik, iaitu ketua suku Quraisy. Keturunan Suku Quraisy berasal dari seorang lelaki yang bernama Adnan. Keturunan Orang Arab Adnan berasal dari Nabi Ismail iaitu anak sulung kepada Nabi Ibrahimdan Siti Hajar. Sejarah keturunan ini boleh dijejak daripada Nabi Adam,Nabi Seth/Syith dan Nabi Nuh.

Berdasarkansejarah Islam, terdapat:

  • 10 keturunan di antara Nabi Adam sehingga Nabi Nuh
  • Tidak berapa jelas bilangan generasi di antara generasi Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh
  • Tidak berapa jelas bilangan generasi di antara generasi Nabi Ismail dan Nabi Adnan
  • 21 generasi keturunan antara Nabi Adnan hingga Nabi Muhammad ﷺ
  • Nabi Muhammad ﷺ hidup dari Tahun 570M hingga 632M
Ancestors of Nabi Muhammad ﷺ  

Ummul Mukminin, Isteri – Isteri Nabi Muhammad ﷺ  

Rasulullah ﷺ menjalani kehidupan dengan mengharungi pelbagai ujian. Walau bagaimanapun, Baginda dikenali sebagai seorang yang mempunyai sifat belas kasihan yang tinggi terhadap ahli keluarganya. Baginda berkahwin secara monogami dengan Siti Khadijah selama 25 tahun. Mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan.

Setelah Khadijah RA meninggal dunia, Rasulullah ﷺ berkahwin dengan 11 wanita lain. Marya Al-Qibtiyya merupakan satu-satunya isteri Baginda yang dikurniakan anak selain daripada Khadijah.

Susunan Kronologi Isteri – Isteri  Rasulullah ﷺ

  1. Khadijah Binti Khuwailid :  Bangsawan dan Balu. Beliau berusia 15 tahun lebih tua dari Nabi Muhammad ﷺ. Beliau meninggal dunia pada umur 65 tahun.
  2. Saudah Binti Zam’ah: Beliau merupakan seorang balu dan Nabi Muhammad ﷺ mengahwininya.
  3. Aisyah Binti Abu Bakar : Beliau merupakan anak Sayyidina Abu Bakar dan Nabi Muhammad ﷺ mengahwininya pada usia yang muda.
  4. Hafsah binti ‘Umar : Beliau juga seorang balu sebelum berkahwin dengan Rasulullah ﷺ.
  5. Zainab Binti Khuzaimah: Beliau merupakan balu yang sudah berumur, beliau juga digelar sebagai  ‘Ummu Al-Masakin’, Ibu Orang Miskin. 
  6. Ummi Salamah: Beliau merupakan seorang balu dan mempunyai anak kecil sebelum berkahwin dengan Rasulullah ﷺ.
  7. Zainab Binti Jahsy : Seorang balu, beliau juga merupakan sepupu Nabi Muhammad ﷺ, seorang tukang kulit yang hebat ketika beliau berkahwin dengan Nabi ﷺ.
  8. Juwayriah bint Al-Harith: Seorang balu dan merupakan tawanan tentera Islam, Nabi ﷺ telah membebaskannya dan mengahwininya.
  9. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan: Seorang mualaf, dia menceraikan suaminya kerana memeluk agama Kristian. Rasulullah ﷺ menikahinya untuk menyelamatkannya dari kesulitan.
  10. Safiyah Binti Huyai: Beliau adalah anak perempuan kepada Raja Yahudi dan merupakan tawanan perang. Beliau dibebaskan dan berkahwin dengan Rasulullah ﷺ.
  11. Maimunah Binti Harith: Beliau menawarkan dirinya sendiri untuk berkahwin dengan Rasulullah ﷺ dan Baginda bersetuju.
  12. Mariah al- Qibtiyyah : Diberikan kepada Nabi ﷺ sebagai hamba, Baginda memerdekakan Beliau dan mengahwininya.

Khadijah dan Zainab Binti Khuzaimah meninggal dunia ketika Rasulullah ﷺ masih hidup.

Anak – anak Rasulullah ﷺ 

Nabi Muhammad ﷺ  mempunyai 7 orang anak hasil perkahwinan Baginda dengan 2 orang isteri.

Nabi Muhammad ﷺ & Siti Khadijah 

  1. Qasim Bin Muhammad (598 – 601 M)
  2. Zainab Binti Muhammad (599 – 629 M)
  3. Ruqayyah Bin Muhammad (601 – 624 M) 
  4. Ummu Kulthum Binti Muhammad (603 – 630 M)
  5. Fatimah Binti Muhammad (605 – 632 M)
  6. Abdullah Bin Muhammad (611 – 615 M)

Nabi Muhammad ﷺ & Maria al-Qibtiyya

  1.  Ibrahim (630 – 632 M)

Cucu – Cucu Nabi Muhammad ﷺ 

  • Zainab telah berkahwin dengan sepupu sebelah ibunya iaitu Abul Ash Al Rabi dan telah dikurniakan dua orang anak.
  • Ali (meninggal ketika masih bayi)
  • Umamah telah berkahwin dengan Ali bin Abu Talib selepas  Fatimah Az-Zahraa’ meninggal dunia
  • Ruqayyah telah berkahwin dengan Saidina Uthman bin Affan dan mempunyai seorang anak lelaki.  .
  • Abdullah (meninggal ketika masih bayi)
  • Fatimah telah berkahwin dengan Ali Bin Abu Talib dan mempunyai 5 orang anak. 
  • Hassan (625 – 670 M)
  • Hussin (626 – 680 M)
  • Ummi Kalthum (627 M – tidak diketahui)
  • Zainab (626 – 682 M)
  • Muhsin (Meninggal ketika di dalam kandungan ibunya)
Descendants of Nabi Muhammad ﷺ  

6 Buku Untuk Menghubungkan Anak-Anak Anda Kepada Nabi Muhammad ﷺ

Ketika pertama kali saya mengikuti kelas didikan ibu bapa Islam, para guru seringkali mengingatkan bahawa kita harus menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah  ﷺ dalam diri anak – anak kita. Sejujurnya saya tidak tahu harus bermula dari mana. Justeru,saya merujuk kepada buku untuk membantu saya memahami lebih lanjut mengenai tanggungjawab ini.

Alhamdulillah, pada masa kini kita mempunyai banyak sumber rujukan mengenai Rasulullah ﷺ. Kita hanya perlu melayari Google dan kita akan dapat menemui pelbagai jenis buku sesuai untuk kanak – kanak mengenai Rasulullah ﷺ. Saya mempunyai beberapa senarai buku dan sumber rujukan yang berkaitan dengan Rasulullahﷺ  tetapi yang saya senaraikan di bawah adalah buku – buku dan sumber yang kami sangat suka.

Kredit: Goodwordbooks
  1. 365 days with the Prophet Muhammad ﷺ  oleh Goodword sangat menyeronokkan. Jalan ceritanya adalah sangat mendalam sehingga membuatkan pembaca menitiskan airmata.Cerita-ceritanya ringkas dan padat menjadikan tugas mengajar anak – anak tentang Sirah Nabi sangat mudah. Anda akan dapat mempelajari banyak perkara dengan hanya membaca buku ini bersama anak – anak anda.
Kredit: Timas Publishing

2) I’m Learning my Hadith Series oleh Timas publishing adalah salah satu bahan bacaan kegemaran anak – anak saya.  Mereka meminta saya untuk membacakan buku ini berulang kali dan kami memiliki buku – buku itu selama bertahun lamanya.

Kredit: Learning Roots

3) The Prophet’s ﷺ Pond oleh Learning Roots harus ada dalam senarai kerana tidak banyak buku kanak-kanak yang boleh membuatkan air mata menitis dan membuat hati anda tersentuh dengan kerinduan kepada Rasulullah ﷺ kerana buku ini diterbitkan dengan sangat baik.

Kredit: Learning Roots

4)The Prophet ﷺ Described oleh Learning Root mempunyai gaya penulisan yang sama seperti  The Prophet’s ﷺ Pond. Buku sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur. Ilustrasi yang menarik sudah cukup untuk menarik minat kanak-kanak. Ia juga buku yang baik untuk mereka mempelajari bahagian badan manusia. Pembaca daripada peringkat umur yang lebih tua boleh mendalami info terperinci Rasulullah ﷺ. Ia adalah sumber rujukan yang sangat bermanfaat kerana ia juga mengandungi semua maklumat hadis yang disertakan di bahagian belakang buku.

Kredit: Salam Series
  1. Huwa Muhammad ﷺ oleh Salam Series merupakan penerbitan yang menarik yang dikarang oleh pengarang tempatan dan apa yang menjadikannya unik ialah ia diterbitkan dalam dwibahasa (Arab-Inggeris). Ia merupakan buku pengenalan yang sempurna kepada Rasulullah ﷺ untuk anak-anak yang lebih muda dan merupakan rujukan yang baik untuk pembaca dewasa belajar bahasa Arab.
Kredit: Book Depository
  1. The Life of the Prophet Muhammad oleh Leila Azzam & Aisha Gouverneur juga merupakan buku tambahan yang bagus. Saya sedang membacakan buku ini kepada anak-anak saya sebelum tidur. Buku ini menceritakan tentang zaman sebelum Rasulullah ﷺ dilahirkan, pada zaman Nabi Ibrahim dan seterusnya menceritakan tentang anak-anakNabi Ismail dan keturunan mereka yang terdiri daripada suku Quraisy. Buku ini mudah diikuti, dibahagikan kepada bab-bab pendek dan menjadikannya bacaan yang hebat.

Ditulis oleh: Ukht Husni

Hafeezah dan Hanan Alsagoff adalah dua adik beradik yang menggunakan nama pena Ukht Husni. Hafeezah lulus dari Universiti Nasional Singapura, di mana dia mengambil jurusan Sosiologi dan pengajian Teater, manakala Hanan mempunyai sarjana Seni Bina dari universiti yang sama. Kedua-duanya adalah guru sekolah menengah bahasa Inggeris sebelum mereka mengasaskan syarikat penerbitan mereka sendiri, Hommely Hammock, pada 2014.Siri The Arabic Alphabet of Huruf Island baru-baru ini memenangi anugerah Siri Buku Terbaik 2021 daripada syarikat penerbitan AS Daybreak Press. Sehingga kini, mereka telah menerbitkan 10 buku dan mencipta 2 permainan kad.

Selami Peribadi, Pasang 4 Niat ini untuk Menjadi Individu Lebih Baik di Bulan Ramadan!

Sambutan bulan Ramadan tahun ini sudah tentu telah mengubah pelbagai tradisi dan aktiviti yang dilakukan sebelum jangkitan Covid-19 berleluasa. Jika dahulu kita kurang berada di rumah untuk menjalankan aktiviti bulan Ramadan seperti ibadah tarawih berjemaah, berbuka ramai-ramai, berkunjung ke bazar Ramadan atau berbuka di hotel, restoran dan sebagainya. Apabila asyik dengan pelbagai aktiviti, secara tidak langsung kita mungkin berasa jauh untuk memuhasabah diri dari segi rohani dan mental. Hadirnya norma baharu ekoran pelaksanaan PKP sedikit sebanyak memupuk dorongan nurani untuk mengubah sikap terutamanya bagi mereka yang bujang. Jadi, apa jenis sikap dan tabiat yang boleh kita selami dan perbaiki bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan dengan cara tersendiri? Ayuh, mari kupas senarai di bawah bersama!

Ekoran aktiviti kawalan pergerakan ini, kebanyakan syarikat telah memberi fleksibiliti kepada pekerja untuk bekerja dari rumah atau hadir ke pejabat secara bergilir. Melihat dari sudut kemudahan, besar kemungkinan ramai akan lebih selesa apabila bekerja dari rumah kerana tidak perlu berulang-alik ke tempat kerja. Namun begitu, individu bertanggungjawab untuk lebih fokus terhadap kerja masing-masing dan mengamalkan garis panduan yang ditetapkan oleh syarikat dengan amanah. Tambahan pula pada waktu Ramadan ini, rasa mengantuk tibanya tengahari sukar untuk elakkan. Tidak salah untuk berehat sebentar dengan melelapkan mata, namun janganlah mengambil kesempatan untuk tidur nyenyak di atas katil hanya kerana tiada siapa memantau kita bekerja di rumah! Pro-tip: Tahukah anda bahawa susu mengandungi sejenis amino asid yang dipanggil triptofan yang boleh meningkatkan kualiti tidur? Padankan sajian seimbang dengan minuman yang mempunyai kebaikan malt barli, susu, dan koko seperti MILO 3-in-1 bagi membantu membebaskan tenaga makanan secara optimum.

Menurut hasil kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), terdapat peningkatan pembuangan sisa makanan sebanyak 15%-20% oleh rakyat Malaysia setibanya bulan Ramadan. Jika dulu mungkin dugaan untuk berhemah ketika membeli juadah berbuka puasa adalah lebih besar, namun hikmah pelaksanaan PKP ini sedikit sebanyak telah mengajar kita untuk bersederhana ketika membeli atau menyediakan juadah berbuka. Sebaiknya, manfaatkan kainginan tersebut membantu golongan yang lebih memerlukan dan berlumba-lumbalah untuk melakukan amal jariah di bulan yang mula ini!

Mungkin dahulu tiada konsep kekangan untuk berjumpa dengan keluarga yang tinggal jauh bagi segelintir individu yang berhijrah untuk bekerja, belajar dan sebagainya. Atas kemudahan itu, ramai berpendapat bahawa komunikasi tidak perlu dilakukan dengan kerap atau dibuat hanya bila perlu sahaja. Timbul juga alasan seperti sibuk dengan kerja atau mempunyai komitmen apabila disuruh pulang atau ditelefon bertanya khabar. Kini baru ramai sedar bahawa pentingnya untuk menjaga hubungan kekeluargaan tidak kira dekat atau jauh apabila pergerakan dihadkan lebih lagi terhadap individu yang masih bujang. Moga-moga Ramadan kali ini mengukuhkan niat kita untuk lebih kerap menghubungi keluarga untuk bertanya khabar dan meluangkan masa bersama mereka melalui aktiviti dalam talian!

Bangun sahur adalah sunnah yang amat digalakkan dalam melaksanakan ibadah puasa. Namun begitu, terdapat kesukaran bagi umat Muslim terutamanya mereka yang sibuk dengan kerja atau sedang belajar, lebih-lebih lagi jika tinggal seorang diri. Masalah tidak terletak pada kesukaran untuk bangun sahur sahaja, penyediaan sahur juga menjadi rumit apabila terlajak lena dan bangkit menghampiri waktu Imsak. Tip penyediaan sahur mudah adalah meingkut panduan Pinggan Sihat Malaysia iaitu Suku Suku Separuh. Ia penting bagi memastikan sajian sahur tidak terlalu berat dan membebankan. Naikkan selera sahur dengan kebaikan rasa coklat malt kegemaran rakyat Malaysia dengan penyediaan yang mudah seperti MILO 3-in-1! MILO merupakan minuman berkhasiat dengan kombinasi unik nutrien yang dapat membantu membekalkan tenaga untuk kekal aktif dan fokus dipadankan dengan pemakanan yang seimbang. Tuang sahaja serbuk MILO 3-in-1 ke dalam cawan, pasti aroma koko yang dibancuh dengan air panas akan meningkatkan selera sahur! Jadikan MILO 3-in-1 pelengkap sahur untuk memulakan hari dalam bulan Ramadan dengan bertenaga.

Walaupun Ramadan tidak lagi seperti dahulu, amalan norma baharu harus diadaptasikan sebaik mungkin agar kita dapat memastikan diri sihat, cergas dan bersikap positif. Bagi merealisasikan transformasi ini, pastikan diet seimbang, dapatkan tenaga daripada sumber yang berkhasiat bagi mencapai kesempurnaan Ramadan setiap hari! Niatkan usaha potensi diri dari sahur hingga berbuka, zahirkan tenaga di bulan Ramadan.

5 Fakta Menarik Tentang Azan

Mendengar laungan Azan sememangnya amat menenangkan dan memberi inspirasi kepada kita. Bukan hanya ia indah untuk didengar, tetapi terdapat fakta-fakta menarik di sebalik azan.

1. Sebelum Ada Azan 

Terdapat suatu masa di mana jumlah umat Islam di Mekah masih sedikit. Pada tahun kedua Hijrah, jumlah tersebut telah bertambah. Para sahabat Rasulullah ﷺ mula mencari cara terbaik untuk mengumpulkan umat Islam untuk beribadah (solat). Terdapat pelabagai nasihat mengenai panggilan untuk solat ini, tetapi Rasulullah ﷺ tidak berpuas hati dengan cadangan-cadangan tersebut.

Suatu waktu ketika kaum muslimin tiba di Madinah, mereka berkumpul menunggu waktu solat. Namun tidak seorang pun di antara mereka yang dapat memberitahu bahwa waktu solat telah masuk. Sehingga suatu hari mereka bermesyuarat untuk membahas persoalan tersebut. Sebahagian sahabat mengusulkan agar menggunakan lonceng sebagaimana yang digunakan oleh orang-orang Nasrani. [HR. Bukhari]

2. Bermula Dari Mimpi

Suatu hari, Abdullah bin Zaid menghampiri Rasulullah ﷺ. Sahabat nabi ini menceritakan mimpinya: “Aku bermimpi seorang lelaki berbaju hijau mengajarku kalimat azan dan menyarankanku memanggil orang-orang untuk solat dengan kalimat tersebut.” Kemudian Zaid melantunkan kata-kata indah azan tersebut. Setelah selesai, Rasulullah ﷺ meminta Zaid untuk mengajar azan tersebut kepada Bilal bin Rabah.

3. Bilal, Muazin Pertama

Bilal bin Rabah adalah salah satu sahabat nabi yang paling setia dan dipercayai. Rasulullah ﷺ meminta Abdullah bin Zaid mengajarkan azan kepadanya. Suara Bilal yang melantunkan azan pun berkumandang di seluruh penjuru Madinah untuk memanggil orang-orang melaksanakan solat.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik:

Bilal diperintahkan untuk menggenapkan (bacaan dalam) azan dan mengganjilkan (bacaan dalam) iqamah kecuali bacaan “Qad Qaaamatishshalah”. [HR. Bukhari]

4. Ada Seruan Khusus Untuk Azan Solat Subuh

Hanya untuk solat Subuh, kalimat “Assalatu khayru min an-naum” atau “solat lebih baik daripada tidur” ditambahkan/diserukan saat azan. Kalimat ini menekankan bahawa bangun untuk solat dan bertemu Allah akan mendapatkan keberkatan terbaik. 

5. Muazin Akan Mendapat Pahala dari Allah

Abdullah bin ‘Amr meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, 

“Jika kalian mendengar muazin, maka ucapkanlah sebagaimana yang dia ucapkan. Kemudian berselawatlah untukku. Kerana barang siapa yang berselawat untukku sekali, maka dengannya Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali. Kemudian mintalah al-wasilah kepada Allah untukku. Ia adalah sebuah tempat di surga yang tak diraih kecuali oleh seorang hamba di antara hamba-hamba Allah. Dan aku berharap ia adalah aku. Barang siapa memintakan untukku wasilah kepada Allah, maka dia layak mendapat syafa’atku.” [HR. Muslim]

Setiap orang yang mendengar muazin melantunkan azan akan bersaksi untuk kebaikan sang muazin pada hari itu. Atas sebab ini, muazin tersebut akan mendapat ganjaran terbesar dari Allah SWT pada hari kiamat.

(eBuku) Petikan Inspirasi Untuk Menjadi Muslim Yang Lebih Baik

Edisi kedua eBuku Petikan Inspirasi kami yang diilustrasikan secara ekslusif kini boleh didapati. Kali ini, kami telah mengumpulkan petikan-petikan untuk memberi motivasi kepada anda apabila dibaca sendiri atau dikongsi dengan insan-insan tersayang setiap kali timbulnya perasaan tidak terdaya dalam perjalanan untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik bagi Allah SWT.

Dilahirkan sebagai seorang Muslim atau diberi kesempatan untuk menjadi seorang Muslim dalam hidup ini adalah salah satu rahmat terbesar bagi kita dan kita mesti berterima kasih kepada-Nya atas pemberian terindah ini. Kita harus berusaha tanpa henti untuk memperbaiki diri untuk-Nya.

Perkara paling penting yang harus diingati adalah bahawa usaha memperbaiki diri ini adalah suatu proses yang berterusan dan ia bukannya pencapaian buat hanya sekali. Oleh itu, jangan terlalu bebankan diri anda dan ambillah langkah-langkah kecil untuk menjadi lebih baik bermula dari hari ini In shaa Allah. Ingatlah juga bahawa kita selalu ada ruang untuk diperbaiki dan lebih banyak perkara untuk dipelajari mengenai agama Islam yang indah serta bagaimana untuk lebih dekat dengan-Nya.

Klik pada pautan di bawah untuk memuat turun eBuku tersebut dan berkongsilah dengan yang tersayang.

(eBuku) Kata-Kata Inspirasi Bagi Permulaan Yang Baru

Apabila tibanya tahun yang baru, bulan Ramadhan yang diberkati, hari jadi atau satu insiden yang memberi kesan, kita selalu mencari peluang untuk mula lembaran baru dan kembali ke landasan yang betul. Tidak pernah terlambat untuk berubah atau memperbaiki diri selagi Allah memberi kita peluang.

Berita baiknya adalah tidak kira seberapa berat dosa-dosa kita, kasih Allah mengatasi segalanya. Ucapkan Bismillah dan mulakan perjalanan baru anda.

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah An-Nisa, 4:110

Muslim Pro teruja untuk berkongsi eBuku Kata-Kata Inspirasi pertama kami yang telah diilustrasikan secara eksklusif dan diharapkan dapat memotivasi anda untuk mengatasi keresahan dan ketakutan untuk memulakan perubahan anda. Klik pada pautan di bawah untuk memuat turun!

Mengenali Surah Al-Fatihah

Surah al-Fatihah adalah surah pertama dan merupakan surah paling agung di dalam Al-Quran. Erti harfiah dari “Al-Fatihah” sendiri adalah “Pembukaan” yang menyatakan bahwa surah ini adalah “pembuka Al-Quran”. Surah Al-Fatihah juga merangkumi makna dan apa yang diajarkan dalam surah-surah lain di dalam Al-Quran.

Fakta dan Keutamaan

1. Diturunkan di Mekah

Surah Al-Fatihah diturunkan di Mekah seperti dinyatakan oleh Ibnu Abbas, Qatadah dan Abul ‘Aliyah. Surah ini diturunkan sebelum migrasi Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah. Beberapa pendapat lain menyatakan bahwa surah Al-Fatihah diturunkan dalam dua kesempatan berbeza. Pertama di Mekah dan kedua di Madinah. Surah Al-Fatihah diturunkan di Mekah juga didalilkan oleh Abu Hurairah, Mujahid, ‘Ata bin Yasar dan Az-Zuhri.

“Dan sungguh, Kami telah memberikan kepadamu tujuh (ayat) yang (dibaca) berulang-ulang dan Al-Qur’an yang agung.”

(Al-Hijr 15:87)

2. Dibaca dalam Setiap Rakaat

Surah Al-Fatihah adalah surah pertama yang dibaca penuh dalam setiap rakaat solat agar solat kita lengkap dan sah. Beberapa hadis menunjukkan pentingnya membaca surah Al-Fatihah ketika solat.

Diriwayatkan oleh Ubadah bin Shamit (RA) bahwa Nabi Muhammad ﷺ berkata,

”Barang siapa salat dalam keadaan tidak membaca al-Fatihah, maka salatnya cacat.” (HR. Bukhari)

3. Satu dari Dua Cahaya dari Syurga

Surah Al-Fatihah adalah satu dari dua cahaya dari syurga yang diberikan kepada Rasulullah ﷺ. Surah lainnya adalah Al-Baqarah.

Ibnu Abbas (RA) mengatakan,

Ketika Jibril sedang duduk bersama Rasulullah ﷺ, ia mendengar suara gemuruh dari atas, lalu dia melihat ke atas sambil berkata, ‘Itu adalah pintu langit yang terbuka hari ini. Sebelumnya tidak pernah terbuka sama sekali’. Lalu turunlah malaikat darinya. Jibril berkata, ‘Inilah malaikat yang turun dari langit , ia belum pernah sama sekali turun ke bumi sebelumnya. Lalu sang malaikat mengucapkan salam kemudian berkata, ‘Bergembiralah dengan dua cahaya yang diberikan kepadamu, keduanya belum pernah sama sekali diberikan kepada seorang Nabi sebelum Engkau. Yaitu surat Al-Fatihah dan penutup surah Al-Baqarah. Jika kamu membacanya pasti akan dikabulkan.’” (HR. an-Nasai)

4. Surah Paling Agung dalam Al-Quran

Abu Sa’id Rafi’ bin Al Mu’alla meriyawatkan bahwa Rasulullah ﷺ berkata, 

“Maukah aku ajarkan engkau surat yang paling mulia dalam AlQuran sebelum engkau keluar masjid?”

Lalu beliau memegang tanganku, maka ketika kami hendak keluar, aku berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau mengatakan, ‘Aku akan mengajarkanmu surat yang paling agung dalam Alquran?’” Beliau menjawab, “Alhamdulillahi rabbil ‘alamin (segala puji bagi Allah semesta alam) dan Alquran Al ‘Azhim (Alquran yang mulia) yang telah diberikan kepadaku.” (HR. Bukhari)

Cara Menulis Huruf Arab

Menulis huruf Arab sebenarnya jauh lebih mudah untuk dipelajari dari yang kita bayangkan. Ia hanya memerlukan ketekunan dan latihan untuk membiasakan tangan kita menulis huruf Arab. Jika anda sudah memahami beberapa teknik asas, anda akan mengetahui betapa mudahnya menulis huruf Arab.

Anda dapat mempelajari kembali atau mengajari anak-anak anda menulis huruf Arab dengan panduan ini. Mulailah dengan membuat bentuk asas dan seterusnya bentuk atau titik tambahan. Setelah menguasai huruf asas dan ucapannya, InsyaAllah anda dapat mula menulis, membaca, dan berbicara bahasa Arab.