Sejarah

Pertama kali upacara menunaikan ibadah Haji diperintahkan oleh Allah SWT adalah ketika zaman Nabi Ibrahim. Untuk menguji kecekalan iman, Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk meninggalkan isterinya Siti Hajar, dan anaknya Ismail di tengah padang pasir yang terletak di antara dua bukit iaitu Safa dan Marwah di Mekah dengan hanya berbekalkan keperluan asas.

Rukun Sa’i

Setelah Nabi Ibrahim meninggalkan mereka berdua di padang pasir tersebut, mereka telah kehabisan bekalan dan Siti Hajar telah berulang alik dari bukit ke bukit sebanyak tujuh kali untuk mencari air bagi anaknya Ismail yang kehausan. Upacara Sa’i, yang dikerjakan oleh jemaah ketika Haji dan Umrah adalah  peragaan semula perbuatan Siti Hajar ketika sedang mencari air.

Keajaiban berlaku apabila terdapat mata air dari bumi, kini dikenali sebagai telaga Zamzam, memancur keluar dari tanah dan menyelamatkan mereka berdua.

Kaabah sebagai Tempat Ibadah

Beberapa tahun kemudian,  Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail telah diperintahkan oleh Allah untuk membina sebuah monumen untuk didedikasikan kepada Allah berdekatan dengan telaga Zamzam. Monumen yang kini dikenali sebagai Kaabah ini, adalah bertujuan untuk para jemaah melakukan ziarah dan ibadah dengan menyembah Tuhan yang satu. Setelah mereka selesai membina Kaabah,  Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk mengisytiharkan suatu kunjungan ke tapak tersebut, dalam erti kata lain, Haji, bagi seluruh umat manusia agar mereka boleh datang berkumpul bersama bagi mengabdikan diri kepada Allah.

Berabad kemudian, penduduk di Mekah telah meninggalkan amalan menyembah satu Tuhan dan telah berubah menjadi penyembahan berhala dan politeisme pada ketika itu dikenali sebagai Zaman Jahiliyyah (Zaman Kejahilan). Pada ketika ini, Kaabah telah dikelilingi oleh 360 berhala dan patung dewa berupa manusia dan haiwan yang disembah secara terbuka.

Zaman Nabi Muhammad

Pada tahun 610 Masihi, Nabi Muhammad ﷺ telah menerima wahyu yang pertama daripada Allah yang mana pada ketika itu baginda diperintahkan untuk mengembalikan ajaran monotisme iaitu kepercayaan kepada Tuhan yang Esa. Dua puluh tahun selepas menerima wahyu pertama, Nabi Muhammad ﷺ telah mengumpul agamawan dan pihak berkuasa politik untuk menakluki Mekah, kota kelahiran baginda dan tempat baginda menanggung pelbagai penganiayaan di tangan penduduknya. Baginda telah memusnahkan patung patung berhala yang terdapat di dalam dan di sekitar Kaabah dan mendedikasikan kembali Kaabah bagi tujuan menyembah satu Tuhan, Allaw SWT.

Jabal al-Rahmah adalah tempat di mana Nabi Muhammad ﷺ menyampaikan khutbah terakhir baginda. Pada tahun 623 Masihi, sejurus sebelum kewafatan baginda, Nabi Muhammad ﷺ sendiri telah memimpin ribuan pengikut baginda untuk mengerjakan Hajj al-Wida. Baginda memberikan khutbah terakhir baginda di Jabal Arafat, di mana baginda menegaskan tentang kesaksamaan dan penyatuan umat Islam, sebagai simbol kesamarataan dan penyatuan dalam ibadah Haji. Ibadah Haji yang dikerjakan oleh Nabi Muhammad ﷺ pada ketika itu masih diteruskan sehingga kini.

Sepanjang era kepimpinan Nabi Muhammad ﷺ, umat Islam telah berdepan dengan larangan untuk memasuki kota suci Mekkah dan sekaligus hak mereka bagi menunaikan ibadah Haji dan Umrah telah di sekat.  Mekah di diami oleh kaum Arab yang masih taksub menyembah berhala dan belum bersedia untuk menerima kebenaran dan sinar Islam. Oleh kerana permasalahan tersebut, Nabi Muhammad ﷺ dan pengikut-pengikut baginda telah berhijrah dari kota Mekah dan menjadikan Madinah sebagai rumah kedua mereka di mana mereka diterima dengan sepenuh hati.

Perjanjian Hudaibiyah

Pada waktu ini, Nabi Muhammad ﷺ sedar akan keinginan umat Islam untuk menziarahi Mekah dan mengerjakan Umrah.  Pada tahun 628 Masihi, Nabi Muhammad ﷺ membuat keputusan untuk kembali ke Mekah agar baginda dan umat Islam dapat mengerjakan ibadah Umrah. Baginda dan pengikut-pengikut baginda di tahan di Hudaibiyah dan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh kaum Qurasyh. Kaum Qurasyh tetap tidak membenarkan Nabi Muhammad ﷺ dan pengikut-pengikutnya meneruskan perjalanan meskipun baginda Nabi Muhammad ﷺ menjelaskan bahawa mereka hanya ingin mengerjakan Umrah.

Nabi Muhammad ﷺ enggan menggunakan kekerasan bagi memasuki kota Mekah, maka suatu rundingan diplomasi telah dijalankan. Suatu perjanjian telah dimeterai dan ditandatangani berkenaan dengan lawatan ziarah ke Mekah dan dikenali sebagai Perjanjian Hudaybiyyah. Perjanjian tersebut dimeterai selama sepuluh tahun sebagai perjanjian damai di antara kedua-dua pihak. Umat Islam tidak dibenarkan mengerjakan Umrah pada tahun tersebut, namun, diminta untuk mengerjakan Umrah pada tahun berikutnya.

Umrah yang Pertama

Ibadah Umrah adalah ibadah yang pertama Nabi Muhammad ﷺ dan umat Islam kerjakan selepas penghijrahan ke Madinah. Ianya berlaku pada pagi hari ke empat dalam tahun 629 Masihi., selepas Perjanjian Hudaybiyyah pada tahun 628 Masihi dan Umrah pertama tersebut berakhir selepas tiga hari.

Penaklukan Kota Mekah

Pada tahun 630 Masihi, umat Islam telah menjadi suatu angkatan yang digeruni dan Nabi Muhammad ﷺ telah memutuskan untuk menyerang Mekah atas nasihat para sahabat dan dengan kehendak Allah.

Pemimpin kaum Qurasy memutuskan untuk menyerah diri apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak boleh melawan umat Islam, sebaik sahaja ketibaan umat Islam di kota Mekah. Kaum Qurasy amat gerun akan pertempuran yang bakal berlaku. Walaubagaimanapun, Nabi Muhammad ﷺ adalah seorang yang sangat mulia dan pemaaf dan baginda telah memaafkan sesiapa sahaja yang tidak ingin lagi menentang umat Islam, bahkan musuh-musuh ketat baginda sekalipun.

Kemenangan umat Islam ini dikenali sebagai “Penaklukan / Pembebasan Kota Mekah” dan sehingga ke hari ini dijadikan sebagai contoh untuk menyelesaikan sebarang konflik tanpa pertumpahan darah.

Cara Memakai Ihram

  1. Sediakan dua helai kain putih yang tanpa jahitan, butang atau kelim. Kain sarung bahagian bawah dipanggil Izar dan kain jubah dipanggil Rida’.
  2. Sarungkan Izar keliling pinggang untuk menutupi bahagian antara pusat dan kaki.
  3. Pakai tali pinggang atau klip sekitar Izar agar tidak terlucut.
  4. Pegang Rida dengan cara ‘melintang di belakang dan bawa hujung atas sebelah kiri kain ke atas bahu kiri anda serta ke bawah ketiak kanan anda.
  5. Bawa hujung atas sebelah kanan kain ke bawah ketiak kanan dan ke atas bahu kiri. Keseluruhan bahu kiri anda seharusnya ditutup dan bahu kanan anda sepatutnya terdedah.
  6. Ikat atau klipkan hujung kain di belakang anda supaya tidak terlepas.
  7. Pilih kasut yang mendedahkan buku lali dan jari kaki anda.
  1. Kenakan pakaian longgar/jubah yang menutupi seluruh badan kecuali tangan dan muka yang seharusnya terdedah.
  2. Pakaian/jubah boleh mempunyai jahitan dan butang tetapi seharusnya tidak mempunyai perhiasan serta disarankan dalam warna putih atau hitam.

Ketahui Dengan Lebih Lanjut Mengenai Haji & Umrah

Tonton Siaran Langsung Dari Mekah Disini

Panduan Asas Haji

  • Mandi wajib (Ghusl) untuk sucikan diri daripada segala kotoran dengan lafaz niat untuk Ihram.
  • Tukar kepada pakaian Ihram – Lelaki perlu memakai dua kain yang dikenali sebagai Rida dan Izar, dan wanita boleh memakai apa jua pakaian yang melitupi badan dan kepala.
  • Tunaikan solat wajib atau solat Sunnah dua rakaat.
  • Hala ke arah kiblat dan mula Ihram – Anda perlu berada dalam Ihram sebelum anda berangkat untuk Miqat di Mekah.
  • Semasa Miqat, lafaz niat untuk menunaikan Haji.
  • Lafaz bacaan Talbiyah dan adalah dinasihatkan untuk terus membacanya  dari saat masuk Ihram sehingga mengerjakan Tawaf.
  • Apabila tiba di Kaabah, hentikan bacaan Talbiyyah dan anda perlu mempunyai Wudhu.
  • Sentuh Hajar Aswad dan mulakan Tawaf. Sebaik-baiknya, sentuh dengan tangan kanan dan cium Hajar Aswad. Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat menciumnya, anda boleh sentuh dengan tangan anda dan kemudiannya cium tangan anda. Jika anda tidak dapat menyentuh Hajar Aswad, halakan tangan anda ke arahnya  dan lafaz “Allahu Akbar”.
  • Pusing keliling Kaabah dengan posisi Kaabah di sebelah kiri anda. Lelaki mesti mendedahkan bahu kanan semasa Tawaf, yang dikenali sebagai Idtiba’. Ini dilakukan dengan meletakkan kain Rida di bawah ketiak kanan dan melemparkannya ke atas bahu kiri. Lelaki juga patut melakukan ‘Raml’ iaitu berlari-lari anak dan mengambil langkah-langkah kecil semasa tiga pusingan pertama Tawaf dan kemudian berjalan seperti biasa semasa empat pusingan seterusnya.
  • Setelah selesai tujuh pusingan Tawaf, pergi ke Makam Ibrahim dan baca:

وَاتَّخِذُوْا مِنْ مَّقَامِ إِبْرَاهِيْمَ مُصَلًّى

(Dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. [ Al-Quran; 2:125]  

Tunaikan solat dua rakaat di belakang Makam Ibrahim. Jika sukar untuk mencari tempat, anda boleh tunaikan solat di mana-mana di dalam masjid tersebut.

  • Setelah menunaikan solat, kembali ke Hajar Aswad dan sentuhnya jika boleh.
  • Tuju ke tempat Sa’i dan apabila anda berdekatan dengan bukit Safa, baca:

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَآئِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا وَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْراً فَإِنَّ اللَّهَ شَاكِرٌ عَلِيْم

(Sesungguhnya “Safa” dan “Marwah” itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui [Quran; 2:158])

  • Naik ke Bukit Safa, hala ke arah kiblat dan angkat tangan anda sambil lafaz bacaan di bawah sebanyak 3 kali:

اللّهُ أكبر, اللّهُ أكبر, اللّهُ أكبر

(Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه، لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَ يُمِيْتُ وَ هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر؛ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه، أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَ نَصَرَ عَبْدَهُ وَ هَزَمَ الأَحْزَابَ وَ حْدَه

(Tiada sembahan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata-mata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya lah segala kerajaan dan segala pujian untuk-Nya. Dia yang menghidupkan dan yang mematikan. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Tiada sembahan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata-mata. Dialah yang telah melaksanakan janji-Nya, menolong hamba-Nya dan mengalahkan tentera sekutu dengan sendirian)

  • Turun ke Marwah dan lelaki perlu berlari di kawasan lampu hijau. Kawasan tersebut ditanda dengan dua penanda hijau – lelaki sepatutnya berlari sehingga penanda kedua dan kemudian berjalan seperti biasa naik ke bukit Marwah.
  • Sambil menghadap ke arah Kiblat, lafaz apa yang dibaca di Safa.
  • Turun semula dan tuju ke Safa. Apabila tiba di Safa, ulang langkah-langkah seperti di atas dan langkah yang sama juga apabila kembali ke Marwah sebanyak tujuh kali perjalanan (satu perjalanan dikira dari Safa ke Marwah).
  • Berangkat dari Mekah ke bandar perkhemahan Mina selepas solat Subuh pada 8 Zulhijjah sama ada dengan berjalan kaki di sepanjang laluan jemaah Haji atau dengan menaiki bas dan kereta. Ia merupakan perjalanan sejauh 8 km.
  • Luangkan masa seharian di Mina sehingga Fajar keesokan hari. Perbanyakkan doa dan mengingati Allah semasa di Mina.
  • Pada 9 Zulhijjah, berangkat ke Arafah dari Mina selepas Fajar sambil beristighfar dan berdoa.
  • Apabila tiba di Bukit Arafah, tunaikan solat Zohor dan Asar secara Qasar sekitar Jabal Rahmah antara waktu  tengah hari sehingga terbenam matahari. Ini dikenali sebagai Wukuf (berhenti dan berada di bumi Arafah sebentar atau seketika), salah satu rukun asas Haji.
  • Selepas terbenam matahari, berangkat ke Muzdalifah
  • Tunaikan solat Maghrib dan Isyaq secara Jamak dan bermalam di bawah langit Muzdalifah.
  • Kumpulkan batu untuk acara Melontar.
  • Pada waktu Subuh, tunaikan solat dan berangkat ke Mina sebelum terbit matahari.
  • Lontar tujuh biji batu di Jamratul Aqabah dan selepas melontar di tiang godaan (melambangkan godaan syaitan), lakukan korban jika mengerjakan Haji Qiran atau Haji Tamattu. Korban adalah sunat, walaupun tidak diwajibkan untuk Haji Ifrad.
  • Kembali ke Masjidil Haram di Mekah untuk melaksanakan Tawaf Ifadah sebelum kembali ke Mina. Ulang langkah-langkah tawaf (rujuk Tawaf Qudum).
  • Ia dipanggil ‘Tawaf Ifadah’ kerana jemaah beramai-ramai (Ifadah bermaksud ‘mencurah-curah’) ke Mekah dari Mina. Ia juga dikenali sebagai ‘Tawaf Haji’ kerana ia merupakan rukun Haji.
  • Luangkan masa di Mina dan lontar tujuh biji batu di ketiga-tiga Jamrah pada setiap hari.
  • Anda akan melontar di ketiga-tiga tiang dalam susunan berikut: Jamrah Sugra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra
  • Lelaki perlu mencukur kepala mereka sepenuhnya atau memotong rambut mereka. Manakala wanita dilarang untuk mencukur kepala dan hanya dibenarkan untuk memotong sedikit helaian rambut mereka. Perbuatan memotong rambut melambangkan seseorang menyerahkan penampilan fizikal dan tunduk sepenuhnya kepada Allah.
  • Tawaf ini (Tawaf Perpisahan) menandakan berakhirnya Hajj anda. Ulang langkah-langkah tawaf (rujuk Tawaf Qudum).

Ketahui Dengan Lebih Lanjut Mengenai Haji & Umrah

Tonton Siaran Langsung Dari Mekah Disini

Panduan Asas Umrah

  • Mandi wajib (Ghusl) untuk sucikan diri daripada segala kotoran dengan lafaz niat untuk Ihram.
  • Tukar kepada pakaian Ihram – Lelaki perlu memakai dua kain yang dikenali sebagai Rida dan Izar, dan wanita boleh memakai apa jua pakaian yang melitupi badan dan kepala.
  • Tunaikan solat wajib atau solat Sunnah dua rakaat.
  • Hala ke arah kiblat dan mula Ihram – Anda perlu berada dalam Ihram sebelum anda berangkat untuk Miqat di Mekah.
  • Semasa Miqat, lafaz niat untuk menunaikan Umrah.