Selami Peribadi, Pasang 4 Niat ini untuk Menjadi Individu Lebih Baik di Bulan Ramadan!

Sambutan bulan Ramadan tahun ini sudah tentu telah mengubah pelbagai tradisi dan aktiviti yang dilakukan sebelum jangkitan Covid-19 berleluasa. Jika dahulu kita kurang berada di rumah untuk menjalankan aktiviti bulan Ramadan seperti ibadah tarawih berjemaah, berbuka ramai-ramai, berkunjung ke bazar Ramadan atau berbuka di hotel, restoran dan sebagainya. Apabila asyik dengan pelbagai aktiviti, secara tidak langsung kita mungkin berasa jauh untuk memuhasabah diri dari segi rohani dan mental. Hadirnya norma baharu ekoran pelaksanaan PKP sedikit sebanyak memupuk dorongan nurani untuk mengubah sikap terutamanya bagi mereka yang bujang. Jadi, apa jenis sikap dan tabiat yang boleh kita selami dan perbaiki bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadan dengan cara tersendiri? Ayuh, mari kupas senarai di bawah bersama!

Ekoran aktiviti kawalan pergerakan ini, kebanyakan syarikat telah memberi fleksibiliti kepada pekerja untuk bekerja dari rumah atau hadir ke pejabat secara bergilir. Melihat dari sudut kemudahan, besar kemungkinan ramai akan lebih selesa apabila bekerja dari rumah kerana tidak perlu berulang-alik ke tempat kerja. Namun begitu, individu bertanggungjawab untuk lebih fokus terhadap kerja masing-masing dan mengamalkan garis panduan yang ditetapkan oleh syarikat dengan amanah. Tambahan pula pada waktu Ramadan ini, rasa mengantuk tibanya tengahari sukar untuk elakkan. Tidak salah untuk berehat sebentar dengan melelapkan mata, namun janganlah mengambil kesempatan untuk tidur nyenyak di atas katil hanya kerana tiada siapa memantau kita bekerja di rumah! Pro-tip: Tahukah anda bahawa susu mengandungi sejenis amino asid yang dipanggil triptofan yang boleh meningkatkan kualiti tidur? Padankan sajian seimbang dengan minuman yang mempunyai kebaikan malt barli, susu, dan koko seperti MILO 3-in-1 bagi membantu membebaskan tenaga makanan secara optimum.

Menurut hasil kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), terdapat peningkatan pembuangan sisa makanan sebanyak 15%-20% oleh rakyat Malaysia setibanya bulan Ramadan. Jika dulu mungkin dugaan untuk berhemah ketika membeli juadah berbuka puasa adalah lebih besar, namun hikmah pelaksanaan PKP ini sedikit sebanyak telah mengajar kita untuk bersederhana ketika membeli atau menyediakan juadah berbuka. Sebaiknya, manfaatkan kainginan tersebut membantu golongan yang lebih memerlukan dan berlumba-lumbalah untuk melakukan amal jariah di bulan yang mula ini!

Mungkin dahulu tiada konsep kekangan untuk berjumpa dengan keluarga yang tinggal jauh bagi segelintir individu yang berhijrah untuk bekerja, belajar dan sebagainya. Atas kemudahan itu, ramai berpendapat bahawa komunikasi tidak perlu dilakukan dengan kerap atau dibuat hanya bila perlu sahaja. Timbul juga alasan seperti sibuk dengan kerja atau mempunyai komitmen apabila disuruh pulang atau ditelefon bertanya khabar. Kini baru ramai sedar bahawa pentingnya untuk menjaga hubungan kekeluargaan tidak kira dekat atau jauh apabila pergerakan dihadkan lebih lagi terhadap individu yang masih bujang. Moga-moga Ramadan kali ini mengukuhkan niat kita untuk lebih kerap menghubungi keluarga untuk bertanya khabar dan meluangkan masa bersama mereka melalui aktiviti dalam talian!

Bangun sahur adalah sunnah yang amat digalakkan dalam melaksanakan ibadah puasa. Namun begitu, terdapat kesukaran bagi umat Muslim terutamanya mereka yang sibuk dengan kerja atau sedang belajar, lebih-lebih lagi jika tinggal seorang diri. Masalah tidak terletak pada kesukaran untuk bangun sahur sahaja, penyediaan sahur juga menjadi rumit apabila terlajak lena dan bangkit menghampiri waktu Imsak. Tip penyediaan sahur mudah adalah meingkut panduan Pinggan Sihat Malaysia iaitu Suku Suku Separuh. Ia penting bagi memastikan sajian sahur tidak terlalu berat dan membebankan. Naikkan selera sahur dengan kebaikan rasa coklat malt kegemaran rakyat Malaysia dengan penyediaan yang mudah seperti MILO 3-in-1! MILO merupakan minuman berkhasiat dengan kombinasi unik nutrien yang dapat membantu membekalkan tenaga untuk kekal aktif dan fokus dipadankan dengan pemakanan yang seimbang. Tuang sahaja serbuk MILO 3-in-1 ke dalam cawan, pasti aroma koko yang dibancuh dengan air panas akan meningkatkan selera sahur! Jadikan MILO 3-in-1 pelengkap sahur untuk memulakan hari dalam bulan Ramadan dengan bertenaga.

Walaupun Ramadan tidak lagi seperti dahulu, amalan norma baharu harus diadaptasikan sebaik mungkin agar kita dapat memastikan diri sihat, cergas dan bersikap positif. Bagi merealisasikan transformasi ini, pastikan diet seimbang, dapatkan tenaga daripada sumber yang berkhasiat bagi mencapai kesempurnaan Ramadan setiap hari! Niatkan usaha potensi diri dari sahur hingga berbuka, zahirkan tenaga di bulan Ramadan.