Resolusi Tahun Baru Islam

Tidak lama lagi, kita akan menyambut Awal Muharam, iaitu Tahun Baru Islam. Adalah penting bagi kita untuk melihat kembali apakah yang telah kita berjaya capai pada tahun ini dan cuba untuk memperbaiki diri kita sebagai seorang Muslim di tahun baru yang bakal menjelang.

Kita hendaklah berazam untuk berubah menjadi lebih baik, dan melakukan lebih banyak ibadah untuk mendekatkan lagi diri kita kepada Allah. Membuang rutin harian yang telah kita biasa lakukan itu sememangnya bukanlah mudah, namun keazaman dan motivasi diri yang utuh akan membantu kita untuk mengubahnya.

Cara untuk berjaya adalah untuk kembali kepada fitrah, menjadi lebih realistik dan cuba untuk menerima perubahan dengan minda yang tenang. Berikut merupakan contoh resolusi yang akan membantu anda untuk memulakan Tahun Baru Islam yang akan datang. Semoga Allah mempermudahkan segala apa yang telah kita rancangkan tahun ini, Insya Allah!

Tip Mendidik Anak Semasa Tempoh Kuarantin COVID-19

Sepanjang musim pandemik ini, kerajaan menggesa agar anak-anak yang bersekolah tinggal di rumah. Walaupun ibu bapa sibuk dengan tugasan kerja sendiri, mereka juga mahu anak-anak untuk terus aktif dan waktu diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Berikut adalah beberapa petua untuk membantu ibu bapa:

1. Buat Jadual Waktu Harian Untuk Anak-Anak

Nabi Muhammad ﷺ berkata, “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Alquran dan mengajarkannya.”

– Sahih Bukhari

Buat persiapan tertentu berdasarkan subjek dan waktu istirehat / bermain untuk anak-anak. Ini akan membantu mengekalkan disiplin / rutin mereka dan membuat peralihan kembali ke sekolah nanti menjadi lebih mudah. Selain itu, galakkan mereka untuk solat bersama seluruh keluarga yang tinggal di rumah. Amalan ini akan membiasakan diri mereka untuk menunaikan solat.

2. Kongsi Maklumat Dengan Anak-Anak

Muslims reading from the quran

Sediakan jawapan kepada soalan-soalan yang anak-anak mungkin akan bertanya tentang COVID-19 dengan menggunakan lukisan atau penjelasan mudah yang sesuai bagi usia mereka.

3. Sediakan Ruang Bagi Anak-anak Untuk Aktiviti Harian

Sediakan ruang untuk bermain dan mengekspresikan diri secara kreatif seperti melakukan aktiviti sukan dan seni. Sekiranya boleh, pisahkan ruang untuk bermain dan belajar supaya mereka dapat membezakan secara mental antara dan waktu untuk bermain dan belajar. Perkara ini akan menghalang mereka daripada menjadi cepat bosan, tidak berminat dan mudah marah dalam melakukan aktiviti harian di rumah.

4. Lakukan Aktiviti Bersama Sebagai Satu Keluarga

Little boy praying alongside his father during Ramadan

Nabi Muhammad ﷺ berkata, “Hormatilah anak-anak kalian dan perbaikilah adab-adab mereka.”

– Ibnu Majah

Eratkan hubungan keluarga melalui aktiviti interaktif dan dialog seperti permainan dan cerita audio. Cuba juga untuk berinteraksi dengan anak-anak tentang Islam seperti membaca cerita-cerita para nabi dan cara untuk beribadah.

5. Hadkan Waktu Skrin

Tetapkan masa tertentu untuk menggunakan peranti pintar dan pantau pemilihan aplikasi yang sesuai untuk umur mereka. Anda boleh menggalakkan bacaan Al-Quran secara online untuk kanak-kanak dengan menggunakan aplikasi Muslim Pro.

Tukar waktu kuarantin ini kepada waktu untuk Al-Quran. Apabila Al-Quran menjadi kebiasaan, hubungan keluarga menjadi semakin kuat. Sertai gerakan Al-Quran terbesar di dunia. Mari bersama ummah di seluruh dunia untuk mencapai 1 juta niyyah dan ikrar untuk membaca Al-Quran sepanjang Ramadan ini dengan inisiatif ‘World Quran Month’ oleh Muslim Pro. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Semoga Allah memudahkan urusan kita dan menjaga keselamatan keluarga serta orang tersayang sepanjang pandemik ini.

Mengapa Umat Islam Digalakkan untuk Mengembara?

Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar?

(Al-Haj 22:46)

Mengembara memang digalakkan dalam Islam kerana bermanfaat bagi fizikal, mental, dan jiwa. Jika dilakukan dengan niat yang baik, mengembara akan menjadi suatu pengalaman yang boleh membuat kita menjadi rendah hati dan ia dapat memperkaya makna hidup. Mengembara adalah suatu perspektif yang terkadang hanya dapat dicapai dengan cara meninggalkan rutin seharian kita.

Tidak kira jika kita melakukan perjalanan singkat ke kota yang dekat atau melancong ke negara lain, inilah lima sebab mengapa umat Muslim harus mengembara:

1. Mensyukuri Ciptaan Allah

Saat seseorang mengembara dan menjelajahi dunia, ia akan menyedari kesempurnaan yang telah diciptakan Allah. Melakukan refleksi atas ciptaan Allah akan dapat meningkatkan iman dan bermanfaat agar menjadi lebih tekun beribadah.

2. Berdoa

Mengembara juga menjadi saat yang tepat untuk melakukan doa. Jadi manfaatkanlah saat perjalanan dan mintalah hal-hal yang selama ini selalu terucap dalam doa.

Nabi Muhammad ﷺ berkata;

Tiga doa yang tidak akan ditolak oleh Allah (SWT); doa orang tua terhadap anaknya, doa orang yang sedang berpuasa, dan doa seorang musafir.

[HR. al-Baihaqi, HR. Tirmidzi – Sahih]

3. Memperluas Wawasan

Alasan tersebut mungkin terdengar klise, namun benar. Mengembara membantu agar dapat melihat bahawa kita masih mempunyai banyak hal untuk dipelajari di dunia ini, selain juga untuk menambahkan perspektif baru. Islam tidak ingin kita menutup mata dari mengetahui budaya lain. Dalam Quran, Allah pun memerintahkan kita untuk mengembara:

Katakanlah, “Berjalanlah di bumi, maka perhatikanlah bagaimana (Allah) memulai penciptaan (makhluk), kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.

(Al-`Ankabut 29:20)

4. Menyebarkan Dakwah

Perwujudan dakwah yang paling revolusioner ada di dalam diri, kehadiran, dan perilaku kita. Di masa ketika Islam terlalu direpresentasikan untuk hal-hal yang salah, penting bagi kita untuk menyampaikan nilai murni dan sebenarnya dari Islam, terutama di berbagai tempat di mana Islam tak terlalu dikenali. Berinteraksilah dengan orang-orang saat melakukan perjalanan, tunjukkan dan sampaikan keindahan Islam.

5. Menjadi Saksi Kehebatan Islam

Dari masa keemasan Islam Sepanyol hingga ke era Kekaisaran Ottoman, umat Islam memiliki kekayaan sejarah dan kisah yang menakjubkan. Betapa mengagumkan melihat Islam yang berkembang pesat tersebar di seluruh dunia. Ini sekaligus juga menjadi bukti jelas bahwa pesan yang diusung Islam merupakan hal yang sederhana, indah, dan menyatukan. Dampak Islam di seluruh dunia sungguh menginspirasi dan membangun rasa perpaduan yang kuat di dalam diri.

Adakah anda bersedia untuk percutian dan pengembaraan anda yang seterusnya? Dapatkan inspirasi dan pilihan percutian paling murah dari sebuah negara, kota atau lapangan terbang di Skyscanner.

Skyscanner adalah enjin carian percutian dunia yang membantu anda mendapatkan harga terbaik untuk penerbangan, hotel dan kereta sewa.

Hotel-hotel Mesra Muslim Terbaik di Dunia

Sebagai seorang Muslim, kita mungkin akan menghadapi cabaran dalam mendapatkan makanan halal saat ke luar negeri. Untungnya, kini sudah ada lebih banyak hotel yang mula menyediakan keperluan religius bagi para wisatawan Muslim, sehingga pelancongan pun menjadi lebih mesra Muslim.

Inilah beberapa hotel mesra Muslim terbaik di dunia, bahkan salah satu di antaranya memiliki pantai khusus untuk perempuan!

1. Hôtel Barrière Le Fouquet’s, Paris

Terletak di sudut Champs-Elysées dan George V Avenues, hotel bintang 5 ini memiliki spa dengan kolam renang dan sauna. Hotel ini menyediakan makanan halal sesuai permintaan dengan jadual tertentu setiap hari. Hotel ini berusaha seoptimal mungkin memberikan pelayanan sehingga para wisatawan Muslim menikmati masa mereka menginap di hotel mesra Muslim ini.

Image source: booking.com

Kemudahan Mesra Muslim:

  • Makanan halal atas permintaan.
  • Quran disediakan atas permintaan. 
  • Sejadah disediakan atas permintaan. 
  • Minibar non-alkohol atas permintaan. 

Tempah hotel ini di sini

2. Hotel Dorchester, London

Dorchester menghadirkan teras dengan taman dan tempat minum teh terkenal. Hotel eksklusif ini menghadap Hyde Park dan terletak di area Mayfair. Hotel ini juga menawarkan restoran yang semua sajiannya halal, bernama China Tang.

Image source: booking.com

Kemudahan Mesra Muslim:

  • Makanan halal di China Tang.
  • Kemudahan spa khusus perempuan.
  • Penunjuk arah solat di dalam bilik.
  • Minibar non-alkohol atas permintaan. 

Tempah hotel ini di sini

3.  Hotel Angel’s Marmaris, Turki

Para ibu dapat menikmati pantai khusus perempuan dan keluarga bersama dengan anak-anak mereka karena pantai sepanjang 2.5 kilometer ini merupakan sebahagian dari hotel. Selain pantai, mereka juga boleh menikmati privasi saat menyusuri hutan pinus di sekitar area tersebut. Angel’s Marmaris juga menawarkan kolam renang di dalam ruang dan luar ruang, berbagai kemudahan spa, dan akomodasi mewah.

Image source: booking.com

Kemudahan Mesra Muslim:

  • Pilihan sajian halal.
  • Kolam renang terpisah untuk perempuan dan lelaki.
  • Pantai khusus perempuan.

4. Hotel Elysian Boutique Villa, Bali

Hotel Elysian Boutique Villa memberikan begitu banyak kemudahan untuk para wisatawan Muslim. Mulai dari makanan halal yang lazat, kemudahan masjid di sekitar hotel untuk solat, serta kemudahan dan kemewahan lain untuk memberikan kesenangan dalam pelancongan halal para wisatawan Muslim.

Image source: booking.com

Kemudahan Mesra Muslim:

  • Pilihan sajian Halal.
  • Villa bebas alkohol.
  • Kolam renang peribadi di setiap villa.
  • Masjid di sekitar area.

Tempah hotel ini di sini

5. Hotel Nouvo City Hotel, Bangkok

Hotel Nouvo City terkenal dengan berbagai kemudahannya yang bagus untuk para wisatawan Muslim. Sepanjang Ramadan, hotel ini juga menyediakan hidangan sahur dan berbuka puasa. Selain itu hotel ini juga tidak menyajikan minuman beralkohol, diskotik, tempat berjudi, dan saluran television dewasa di bilik.

Image source: booking.com

Kemudahan Mesra Muslim:

  • Sijil halal dari Central Islamic Council of Thailand.
  • Restoran dan makanan halal.
  • Hidangan sahur dan berbuka puasa sepanjang Ramadan.
  • Tidak tersedia saluran television dewasa, diskotik, dan tempat berjudi di dalam hotel.

Tempah hotel ini di sini

6. Jumeirah di Etihad Towers Hotel, Abu Dhabi

Menghadap ke Teluk Arab dan Corniche, hotel moden ini merupakan sebahagian dari kompleks 5 menara yang ikonik di Abu Dhabi. Anda boleh menghabiskan waktu menyusuri pantai peribadi yang indah atau memanjakan diri di spa terbaik di Timur Tengah. Resort ini tak akan mengecewakan Anda.

Image source: booking.com

Kemudahan Mesra Muslim:

  • Sajian fine-dining halal yang berkualiti.
  • Masjid di sekitar hotel.
  • Private spa yang mewah.
  • Pantai peribadi.

Tempah hotel ini di sini

Booking.com

Wallpaper Bulan Ini

Wallpaper bulanan kami adalah satu siri wallpaper percuma untuk telefon anda. 

Wallpaper bulan ini bertemakan Kisah-kisah Rasul. Sejak permulaan masa dan sepanjang sejarah, sebilangan besar Nabi dihantar untuk membimbing manusia. Nabi menyebarkan syiar Islam, untuk mencari ketenangan dalam hidup melalui penyerahan diri kepada Yang Maha Mencipta: untuk percaya kepada Allah dan mengikuti ajaran Islam.

Tekan dan tahan pada gambar untuk menyimpannya kepada peranti anda.

Hashtag Bulan Ini

Setiap bulan, Muslim Pro akan mengetengahkan tema yang berbeza dalam seksyen ‘Inspirasi’. Terokai konten untuk tema bulan ini di seksyen ‘Inspirasi’ kami dengan mencari hashtag yang dicadangkan.

Anda juga boleh menandakan konten-konten yang disukai sebagai favourite supaya lebih senang untuk dirujuk kelak.

Tema konten bulan ini adalah Pelancongan Halal. Cari pelbagai konten dengan hashtag yang dicadangkan di bawah:

#pelanconganhalal

#halal

#pelancongan

#makananhalal

#tempathalal

#destinasi

#muslim

#hadis

#quran

#solat

#doa

#islam